BAQUBA: Tiga serangan bom nekad terhadap beberapa pejabat di bandar Iraq yang dikuasai puak Kurdi telah mengorbankan sekurang-kurangnya 40 orang, ramai daripada mangsa merupakan veteran Kurdi yang berhasrat berkhidmat semula dalam tentera.
Militan Negara Islam di Iraq dan Syria (ISIS) mendakwa melakukan serangan itu menerusi akaun Twitter mereka, dan berkata tiga pengebom nekad dari Jerman, Arab Saudi dan Turkey telah melancarkan serangan itu.