Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

40,854 mangsa banjir di enam negeri ditempatkan di pusat pemindahan

Mar 04, 2023 | 08:45 PM



KUALA LUMPUR: Mangsa banjir di beberapa negeri di Malaysia terus meningkat hingga petang Sabtu (4 Mac) dengan lebih 40,854 orang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS).



Di Pahang, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan dan Bencana Negeri (JPBN) berkata jumlah mangsa banjir terus meningkat, dengan 2,388 orang ditempatkan di 21 PPS, berbanding 2,317 orang pagi Sabtu.



Rompin terus mencatat jumlah mangsa tertinggi iaitu 1,912 orang, manakala Temerloh (302 orang), Pekan (106 orang), Jerantut (10 orang), selain Maran dan Bera masing-masing 29 orang.



Di Melaka, jumlah mangsa meningkat kepada 380 orang, namun jumlah keluarga yang terjejas kekal 97 keluarga hingga 2 petang Sabtu, berbanding 379 orang pagi Sabtu.



Menurut Sekretariat JPBN Melaka, semua mangsa terjejas ditempatkan di enam PPS di negeri itu dengan lima daripadanya di daerah Jasin dan satu di Alor Gajah.



Sementara itu, di Johor, mangsa banjir berkurangan sedikit kepada 37,258 orang berbanding 37,322 orang pada pagi Sabtu.



JPBN Johor memaklumkan terdapat dua lagi PPS yang beroperasi. Ini bermakna terdapat 240 PPS beroperasi di sembilan daerah sejauh ini.



Menurut JPBN, Segamat kekal daerah paling teruk terjejas, dengan jumlah mangsa 12,900 orang daripada 3,783 keluarga.



Ini diikuti dengan Batu Pahat, dengan 7,830 orang terjejas daripada 2,294 keluarga; Kluang dengan 5,285 mangsa (1,533 keluarga); Kota Tinggi dengan 3,283 mangsa (879 keluarga); Muar dengan 3,278 mangsa (952 keluarga); dan Tangkak dengan 2,661 mangsa (754 keluarga).



“Turut terjejas di Johor Bahru, dengan 699 orang daripada 226 keluarga; Mersing 964 orang (280 keluarga) dan Pontian 358 orang (91 keluarga),” katanya. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >