Topic followed successfully
Go to BHku6 hospital Korea S enggan rawat ibu hamil, bayi meninggal dunia
6 hospital Korea S enggan rawat ibu hamil, bayi meninggal dunia
May 4, 2026 | 1:52 PM
6 hospital Korea S enggan rawat ibu hamil, bayi meninggal dunia
Enam hospital menolak pemindahan wanita hamil Korea Selatan atas alasan kekurangan doktor pakar. - Foto THE KOREA HERALD/ASIA NEWS NETWORK
SEOUL: Seorang wanita yang hamil 29 minggu telah diterbangkan sejauh 280 kilometer ke Busan lewat pada 1 Mei selepas enam hospital enggan menerimanya, mengakibatkan kematian bayi kandungannya.
Menurut pihak berkuasa bomba pada 3 Mei, wanita itu pada mulanya dimasukkan ke sebuah klinik perbidanan di Cheongju, wilayah Gyeongsang Utara, akibat pendarahan.

