Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

7 maut, 12 cedera dalam kes tembakan di Tel Aviv

Oct 2, 2024 | 12:24 PM
Para pegawai kecemasan menjalankan pemeriksaan selepas kejadian tembakan yang membunuh tujuh orang dan mencederakan 12 yang lain di sekitar stesen kereta api ringan di Ehrlich, Tel Aviv, Israel pada 1 Oktober.
Para pegawai kecemasan menjalankan pemeriksaan selepas kejadian tembakan yang membunuh tujuh orang dan mencederakan 12 yang lain di sekitar stesen kereta api ringan di Ehrlich, Tel Aviv, Israel pada 1 Oktober. - Foto AFP

BAITULMAKDIS: Dua lelaki bersenjata Palestin melepaskan tembakan ke arah kereta api ringan di Tel Aviv pada 1 Oktober, membunuh tujuh orang dan mencederakan sekurang-kurangnya 12 yang lain, kata polis dan perkhidmatan kecemasan Israel.

Polis menyifatkan serangan itu sebagai tindakan pengganasan dan berkata seorang daripada lelaki bersenjata itu terbunuh di tempat kejadian, manakala seorang lagi cedera parah.

Sejauh ini tiada kumpulan yang mengaku bertanggungjawab ke atas tembakan tersebut, tetapi polis mengenal pasti penembak tersebut sebagai penduduk Palestin di Tebing Barat.

Dalam kejadian itu, polis berkata dua “pengganas” melepaskan tembakan di landasan kereta api ringan Tel Aviv dan mereka kemudian berjalan kaki sebelum dibunuh oleh orang awam dan inspektor yang menggunakan pistol peribadi.

Rakaman televisyen menunjukkan kedua-dua lelaki bersenjata itu turun di stesen kereta api ringan dan melepaskan tembakan.

Perkhidmatan ambulans Israel berkata ia menerima laporan pada 7.01 malam mengenai beberapa mangsa yang cedera akibat tembakan.

Paramedik memberikan rawatan perubatan di tempat kejadian kepada beberapa orang yang cedera dengan tahap kecederaan yang berbeza, termasuk beberapa yang tidak sedarkan diri.

Serangan itu berlaku beberapa minit sebelum Iran melancarkan serangan peluru berpandu ke atas Israel.

Teheran berkata serangan peluru berpandu itu dilancarkan sebagai tindak balas kepada pembunuhan oleh Israel terhadap pemimpin Hamas Encik Ismail Haniyeh; pemimpin Hezbollah Encik Hassan Nasrallah; dan seorang komander Kor Pengawal Revolusi Islam di Lebanon, Encik Abbas Nilforoushan.

Pada Julai, empat penduduk Israel terbunuh dan sekurang-kurangnya lima lagi cedera apabila dua penduduk Palestin melepaskan tembakan berhampiran pasar terbuka popular di tengah Tel Aviv.

Kejadian berlaku di pasar Sarona, sebuah bangunan dibaik pulih yang dijadikan pusat popular tumpuan pelancong. –Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg