Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

‘Korban orang awam tinggi demi tumpaskan Hamas’: Israel

Dec 20, 2023 | 02:25 PM



TEL AVIV/GAZA: Angka korban orang awam yang tinggi adalah kos kempen sengit Israel untuk memusnahkan Hamas di Gaza, kata seorang pegawai tentera Israel, sebagai mengulas kebimbangan global mengenai jumlah korban pengeboman yang mengejutkan.


Israel telah menggugurkan beribu-ribu tan bom sejak 10 minggu lalu, menyebabkan jalur sempit di Mediterranean itu musnah dan membunuh hampir 20,000 rakyat Palestin, kebanyakan tertimbus di bawah bangunan runtuh, kata pegawai Gaza.

Lebih 50,000 lagi cedera tetapi tanpa diberikan kemudahan dan rawatan di hospital-hospital di Gaza yang hampir lumpuh.

Bercakap dengan pemberita di Pangkalan Tentera Udara Palmachim, 45 kilometer dari Gaza pada 18 Disember, dua pegawai berkata Israel mengakui bahawa kos kehidupan orang awam dalam setiap serangannya adalah seimbang berbanding penilaian kelebihan ketenteraan.

Matlamat perang utama Israel adalah untuk melupuskan keupayaan ketenteraan Hamas dan menghalang serangan selanjutnya selepas pembunuhan 1,200 orang dan penahanan lebih 240 sebagai tebusan dalam serangan di selatan Israel pada 7 Oktober.

Tetapi kehilangan lebih 19,000 nyawa telah menghakis sokongan global terhadap Israel selepas 10 minggu pertumpahan darah di Gaza.

Israel juga menghadapi tekanan yang semakin meningkat untuk mengurangkan serangan. Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat, Encik Lloyd Austin, pada 18 Disember telah menggesa rakan sejawatannya dari Israel, supaya mengurangkan bahaya terhadap orang awam.

Melindungi orang awam di Gaza adalah “kewajipan moral dan keharusan strategik”, kata Encik Austin, sambil memberi amaran keganasan yang berlebihan boleh menimbulkan kebencian yang akan menguntungkan Hamas dan menjadikan hidup bersama secara aman lebih sukar dalam jangka panjang.

Perancis, Britain dan Jerman pada 17 Disember turut menggesa gencatan senjata segera dilaksanakan di Gaza, manakala Presiden Amerika, Encik Joe Biden, menyifatkan pengeboman Israel di Gaza sebagai “serangan secara sembarangan”.

Memetik contoh korban awam di Gaza, pihak berkuasa kesihatan di Gaza menyatakan pengeboman Israel di Rafah pada 19 Disember telah membunuh 19 orang daripada dua keluarga ketika mereka nyenyak tidur di rumah masing-masing.

Bom itu turut meninggalkan kawah yang dalam dan meruntuhkan sebuah bangunan besar.

“Kami tidak pernah melihat kesan letupan seperti itu. Saya dilahirkan pada 1950, saya tidak pernah melihat perkara sebegini,” kata Encik Mohammed Zarab, yang kehilangan 11 anggota keluarga dalam serangan udara Israel itu.

Diminta mengulas mengenai pengeboman itu, Angkatan Tentera Israel (IDF) berkata bahawa ia telah mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengurangkan bahaya kepada orang awam seperti yang tertakluk di bawah undang-undang antarabangsa.

Pegawai kanan Hamas, Encik Ghazi Hamad, berkata, Israel “sewenang-wenangnya mengebom sekolah, hospital dan khemah yang menempatkan ratusan ribu orang yang kehilangan tempat tinggal. Ini melanggar undang-undang kemanusiaan antarabangsa”. – Reuters​




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >