Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

70% pengundi dijangka pada dua pilihan raya kecil di Johor

Sep 08, 2023 | 03:30 PM



JOHOR BAHRU: Sekitar 70 peratus daripada 206,073 pengundi berdaftar dijangka keluar mengundi dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram, kedua-duanya di Johor, hari ini.


Dan penganalisis berkata peratusan itu yang bakal menentukan jumlah majoriti yang akan diperoleh pemenang dua PRK itu.

Tempoh kempen selama 14 hari berakhir pada Jumaat tengah malam. Seramai 165,700 pemilih berdaftar akan mengundi dalam PRK Parlimen Pulai, sementara PRK DUN Simpang Jeram melibatkan 40,373 pengundi.

Dua PRK itu ialah untuk pencari pengganti baGI penyandangnya, Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup yang meninggal dunia pada 23 Julai.

Kededuanya menyaksikan persaingan tiga penjuru antara calon Pakatan Harapan (PH), Perikatan Nasional (PN) dan calon Bebas.

Pengundian akan dijalankan dari 8 pagi hingga 5 petang, dengan 47 pusat mengundi disediakan bagi PRK Parlimen Pulai dan 14 bagi PRK DUN Simpang Jeram.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Ghani Salleh, berkata pihaknya menjangka peratusan keluar mengundi bagi kedua-dua PRK itu sekitar 70 peratus, lapor Berita Harian Malaysia.


Dalam pada itu, Penganalisis Kenegaraan dan Kesejahteraan Sosial, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai, Johor Profesor Madya Dr Mohd Azhar Abd Hamid, menjangka peratusan keluar mengundi esok bakal menjadi penentu jumlah majoriti yang akan diperoleh pemenang.

Beliau berkata Parlimen Pulai, yang merupakan kubu kuat PH selama dua penggal, misalnya, boleh mendapat majoriti lebih selesa jika semua pengundi PH dan Barisan Nasional (BN) keluar mengundi. PH dan BN antara parti yang membentuk gabungan Kerajaan Perpaduan yang memerintah Malaysia sekarang.

Sementara itu, ketua penerangan Umno Johor, Datuk Md Jais Sarday, merayu ahli parti itu di Pulai dan Simpang Jeram supaya tidak beremosi dan mensabotaj parti itu dengan mengundi PN. Umno ialah parti komponen utama BN.

Beliau berkata ahli Umno perlu mengingati usaha parti itu dalam memperjuangkan hak Melayu, Islam sebagai agama rasmi persekutuan, dan kepentingan institusi diraja.

“Malah, pemimpin DAP (Parti Tindakan Demokratik, sebuah komponen PH) telah mengakui bahawa mereka bersetuju dengan semua prinsip ini. Jadi sampai bilakah kita mahu terus menyimpan kebencian antara Umno dan DAP?” katanya, lapor The Star.


Seorang pemimpin PN yakin parti itu berupaya membolot undi pengundi muda, selain orang Melayu, pada PRK Parlimen Pulai.

Datuk Seri Shahidan Kassim, Ahli Parlimen Arau, berkata ini kerana pelbagai isu rakyat gagal diselesaikan Kerajaan Perpaduan, seperti kekurangan bekalan beras tempatan, kos sara hidup tinggi, dan kenaikan harga barang.

Ia menyebabkan pengundi muda dan Melayu menolak kecelaruan yang berlaku, katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >