Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

8 pelajar mangsa serangan tukul di universiti Jepun beransur pulih

Jan 11, 2025 | 3:45 PM
Seorang pelajar berusia 22 tahun, yang mengaku berasal dari Korea Selatan, telah diberkas di lokasi kejadian pada 10 Januari atas dakwaan serangan, kata jurucakap polis Tokyo.
Seorang pelajar berusia 22 tahun, yang mengaku berasal dari Korea Selatan, telah diberkas di lokasi kejadian pada 10 Januari atas dakwaan serangan, kata jurucakap polis Tokyo. - Foto AFP

TOKYO: Lapan pelajar universiti di Tokyo yang diserang oleh seorang wanita bersenjatakan tukul kini beransur pulih daripada kecederaan tanpa memerlukan rawatan di hospital, menurut pihak sekolah.

Seorang pelajar berusia 22 tahun, yang mengaku berasal dari Korea Selatan, telah diberkas di lokasi kejadian pada 10 Januari atas dakwaan serangan, kata jurucakap polis Tokyo.

Menurut laporan, beberapa individu dilihat mengalami pendarahan pada kepala selepas serangan itu. 

Berdasarkan sumber siasatan, penyiar awam Jepun, NHK, berkata kejadian itu didorong oleh rasa marah penyerang terhadap masalah buli.

Penyerang mula menghayunkan tukul di dalam bilik darjah “secara tiba-tiba”, kata seorang pelajar yang menyaksikan kejadian itu kepada penyiar Jepun, TV Asahi. 

Kesemua lapan mangsa yang cedera telah menerima rawatan perubatan dan tidak perlu ditahan di hospital, menurut kenyataan Universiti Hosei pada lewat 10 Januari.

“Kami akan bekerjasama dengan siasatan polis dan memberi sokongan kepada pelajar serta kakitangan yang terjejas akibat kejadian ini,” kata pihak universiti, sambil menambah mereka akan menjalankan usaha untuk “memastikan keselamatan kampus”.

Kes jenayah ganas jarang berlaku di Jepun dan sebahagian besarnya disebabkan kawalan ketat terhadap pemilikan senjata api, lapor AFP.

Namun terdapat juga kejadian tikaman dan tembakan yang berlaku dari semasa ke semasa, termasuk pembunuhan mantan Perdana Menteri, Encik Shinzo Abe, menggunakan pistol buatan sendiri pada 2022.

Pada Disember 2024, seorang pelajar sekolah menengah maut ditikam dan seorang lagi cedera di sebuah restoran McDonald’s di barat daya Jepun. Seorang lelaki kemudian ditangkap berhubung serangan itu.

Pada Januari 2022, tiga individu ditikam di luar Universiti Tokyo sebelum peperiksaan kemasukan kolej seluruh negara bermula. – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg