Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

BERITA

Lelaki ditahan bunuh empat orang termasuk dua polis di Jepun

May 26, 2023 | 04:07 PM



TOKYO: Polis Jepun menahan seorang yang disyaki membunuh empat orang, termasuk dua anggota polis, dalam satu kejadian serangan menggunakan senjata api dan pisau, menurut laporan Kyodo News dan NHK pada Jumaat.


Polis menangkap lelaki yang disyaki itu di sebuah ladang berhampiran bandar Nakano di daerah Nagano, menurut laporan Kyodo News, sambil menambah bahawa polis telah mengesahkan empat orang telah terbunuh – seorang wanita lanjut usia yang ditemui mengalami luka-luka di tempat kejadian dan kemudian disahkan meninggal dunia.


Lelaki berkenaan dilaporkan keluar sendiri dari sebuah rumah sejurus selepas 4.30 dinihari, dan polis langsung menangkap dan membawanya ke Balai Polis Nakano.

Seorang wanita dan dua orang anggota polis dibunuh dalam kejadian tembak-menembak dan tikaman di sebuah ladang di tengah Jepun pada Khamis, menurut laporan awal media Jepun.

Ibu lelaki yang disyaki itu dapat melarikan diri dari bangunan tempat persembunyiannya selepas kejadian itu, menurut laporan tersebut sambil menambah bahawa seorang lagi wanita mungkin masih berada dalam bangunan tersebut.

Lelaki yang disyaki itu, dipercayai seorang petani berusia 30-an tahun, dikepung di sebuah bangunan selepas kejadian tersebut.

Pihak berkuasa menasihatkan orang ramai supaya berdiam di rumah di kawasan separuh pedalaman sekitar bandar Nakano itu.

Insiden itu adalah suatu keganasan jenayah yang jarang berlaku di Jepun, sebuah negara yang kadar jenayahnya amat rendah dan mempunyai undang-undang penggunaan senjata api yang sangat ketat.

Siaran NHK dan beberapa media lain melaporkan bahawa wanita itu ditikam dan dua orang anggota polis ditembak dalam kejadian pada tengah hari itu.


Anggota polis yang terbunuh itu dikenali sebagai Encik Yoshiki Tamai, 46 tahun, dan Encik Takuo Ikeuchi, 61 tahun, menurut laporan Kyodo News.


Seorang yang menyaksikan kejadian itu memberitahu NHK beliau bekerja di ladang berdekatan apabila “seorang wanita dilihat berlari ke jalan raya sambil berteriak meminta bantuan, kemudian rebah”.


“Sejurus kemudian, seorang lelaki muncul dengan berpakaian penyamar membawa sebilah pisau panjang lalu menikam wanita itu dari belakang,” kata lelaki berusia 72 tahun itu.

Beliau kemudian menghubungi perkhidmatan kecemasan, sementara jiran-jiran di situ cuba menyelamatkan wanita berkenaan.

Lelaki yang disyaki itu sedang ditahan dan enggan berkata apa-apa mengenai kejadian itu. – AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >