Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

9 maut dalam kemalangan pesawat ambulans Filipina

Sep 02, 2019 | 09:51 AM



MANILA - Sembilan orang terbunuh apabila sebuah pesawat ambulans jatuh terhempas di sebuah kawasan peranginan berhampiran Manila pada Ahad (1 Sept).



Kemalangan itu mencetuskan satu kebakaran besar, yang menyebabkan warga tempatan berlari ketakutan.



Video yang dimuat naik ke media sosial menunjukkan kenderaan kecemasan bergegas ke sebuah bangunan yang dijilat api di Kota Calamba, sementara pihak berkuasa menggesa orang ramai untuk menjauhkan diri demi keselamatan masing-masing.



Selepas api berjaya dipadam, para penyelamat mendapati sembilan mayat dari kebakaran tersebut- dipercayai penumpang pesawat ringan King Air 350 yang terhempas.



"Tiada siapa yang akan terselamat dalam kemalangan ini, kami menganggap semua penumpang pesawat ini terkorban," menurut pegawai kecemasan tempatan, Encik Jeffrey Rodriguez, kepada agensi berita AFP.



Polis berkata dua orang yang berada di kawasan di mana pesawat itu terbabas tercedera dalam kemalangan itu, lantas digegaskan ke hospital, namun tiada kematian dilaporkan di kalangan mereka yang berada di resot itu.



Pihak berkuasa penerbangan Filipina berkata pesawat itu, yang membawa seorang pesakit dan satu pasukan perubatan, sedang dalam perjalanan ke Manila dari kawasan selatan negara itu, apabila ia tiba-tiba hilang dari radar sekitar 46km dari Manila.



Kemalangan berkaitan pesawat ringan yang membawa maut kerap juga berlaku di Filipina, di mana pesawat kecil biasa digunakan untuk membawa penumpang dan barangan di antara kepulauan negara itu.



Misalnya, sepuluh orang terbunuh pada Mac 2018 apabila sebuah kapal terbang terhempas sebaik sahaja ia berlepas dari kota Plaridel, berdekatan Manila.



Kesemua enam penumpang pesawat itu, dan empat orang yang berada di kawasan di mana pesawat itu terbabas terkorban dalam kemalangan itu. -Agensi Berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >