JAKARTA: Ketua Umum Parti Golkar, Encik Aburizal Bakrie, dijangka menangkis cabaran kepimpinan parti politik kedua terbesar di Indonesia, lantas memberi tamparan kepada Presiden Joko "Jokowi" Widodo yang berusaha memujuk anggota parlimen Golkar menyertai perikatannya.
Encik Aburizal, yang menganjurkan pemilihan Ketua Umum Golkar Bali bermula hujung minggu lalu, telah meraih sekurangkurangnya 70 peratus undi, kata Encik Ahmadi Noor Supit, ketua jawatankuasa penganjur acara itu.