Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Aceh larang lelaki dan wanita bersama dalam kenderaan awam

Aug 11, 2023 | 11:17 AM
ATURAN BARU: Para penduduk di Banda Aceh perlu mematuhi aturan baru mengasingkan lelaki dan wanita yang tiada hubungan perkahwinan dalam kenderaan dan tempat awam.
ATURAN BARU: Para penduduk di Banda Aceh perlu mematuhi aturan baru mengasingkan lelaki dan wanita yang tiada hubungan perkahwinan dalam kenderaan dan tempat awam. - Foto EPA-EFE

BANDA ACEH: Pihak berkuasa di Aceh, Indonesia, telah mengeluarkan arahan yang mengarahkan lelaki dan wanita yang tidak mempunyai hubungan perkahwinan untuk berasingan dalam kenderaan dan tempat awam.

Langkah ini diambil sebagai usaha memperketat pelaksanaan undang-undang Islam di wilayah tersebut.

Arahan ini termaktub dalam pekeliling yang dikeluarkan pada minggu lalu. Aceh adalah satu-satunya wilayah di Indonesia yang melaksanakan undang-undang Islam secara meluas.

“Pihak berkuasa telah memberitahu penjawat awam dan orang awam yang berlainan jantina serta tidak mempunyai hubungan kekeluargaan supaya menghindari berkumpul di tempat awam, tempat sunyi dan dalam kenderaan,” demikian arahan tersebut.

Jurucakap pemerintah Aceh, Encik Muhammad MTA, menjelaskan bahawa pekeliling ini adalah sebahagian daripada usaha membentuk generasi yang memegang teguh nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian.

Beliau menyatakan: “Generasi Aceh tidak hanya mampu berdaya saing di arena global, tetapi juga mampu memelihara Islam yang berpadu dengan adat, budaya dan kehidupan sehari-hari masyarakat Aceh.”

Encik Muhammad menjelaskan bahawa perintah baru ini merupakan langkah pencegahan yang diambil oleh pihak berkuasa tempatan setelah berbincang dengan ulama setempat. Namun, hukuman bagi pelanggaran perintah ini masih belum dijelaskan secara terperinci.

Walaupun meraih kritikan meluas, sebatan di hadapan khalayak ialah hukuman biasa bagi pelbagai kesalahan di wilayah itu, termasuk terbabit perjudian, pengambil alkohol dan hubungan luar nikah.

Aceh, yang dikenali sebagai kubu kuat Islam di Indonesia, memperoleh hak untuk melaksanakan undang-undang syariah di bawah autonomi yang luas daripada pihak Jakarta pada 2001. Langkah ini diambil dalam usaha mengatasi sentimen pemisahan.

Selain itu, peraturan khalwat atau bersekedudukan juga boleh dihukum mengikut undang-undang agama Aceh.

Indonesia mengiktiraf enam agama utama dan menganjurkan versi Islam yang menitikberatkan toleransi. – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg