Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

MENJELANG PILIHAN RAYA MALAYSIA

Ada sedia redah banjir kerana anggap pilihan raya kali ini penting sekali

Oct 14, 2022 | 05:30 AM



SEBILANGAN pengundi di Malaysia mungkin menyuarakan rasa terkilan kerana terpaksa mengundi pada musim tengkujuh namun sebahagian besar menganggap pilihan raya akan datang sangat penting untuk menentukan masa depan negara dan sanggup meredah banjir atau berhujan untuk mengundi.



Ada yang mencadangkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) agar menyediakan pilihan pengundian alternatif kepada mereka yang terjejas banjir, termasuk pengundian dalam talian atau membolehkan mereka mengundi lebih awal, sebelum banjir melanda.



Dalam tinjauan rambang BH, sekitar 50 warga Malaysia berkata terdapat beberapa faktor untuk mereka keluar mengundi dalam keadaan 'basah' bagi memastikan parti yang mereka pilih menang dalam pilihan raya demi kestabilan politik.



Lebih 70 peratus daripada mereka yang ditemuramah berkata mereka akan tetap keluar mengundi tanpa mengira faktor cuaca manakala 30 peratus lagi hanya akan membuat keputusan di saat akhir bergantung pada tarikh pilihan raya diadakan.



Bagi pengundi yang mengkritik Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, yang membuat pembubaran Parlimen dalam musim tengkujuh menempelak keputusan yang dibuat dan menganggap boleh memberi kesan kepada undi terhadap Umno.



Selepas pembubaran Parlimen pada 10 Oktober lalu, pilihanraya perlu diadakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh tersebut.



"Saya rasa mengundi waktu cuaca buruk sebegini hanya menimbulkan rasa marah kepada pengundi,'' ujar Encik Sazali Fadzil dari Kuala Lumpur.



Warga Malaysia dari Pahang, Encik Mohd Zabidi Sarip, pula berkata:



"Mengundi adalah tanggungjawab. Saya jangkakan hari hujan hujung bulan ini atau pertengahan bulan depan. Kami akan redah hujan atau banjir demi pastikan parti yang kami pilih dapat majukan negara."



Dalam pada itu, parti Umno Bahagian Pekan, semalam, berkata ia akan menamakan mantan perdana menteri, Najib Tun Razak, sebagai antara lima calon bagi kerusi Parlimen Pekan di pilihan raya yang menjelang ini. Encik Najib, yang juga penyandang kerusi itu, sedang menjalani hukuman penjara 12 tahun berhubung kes SRC International Sdn Bhd.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >