Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

AGC M'sia tolak usul 'persetujuan' Jho Low berhubung kes 1MDB

Jul 18, 2022 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Peguam Negara Malaysia menolak percubaan peniaga dalam buruan, Jho Low untuk mencapai persetujuan berhubung skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB), menurut laporan The New Straits Times.



Low, menerusi wakil-wakilnya, telah bertemu dengan beberapa agensi kerajaan termasuk Pejabat Peguam Negara (AGC) untuk mencapai persetujuan awal tahun ini, menurut akhbar itu yang memetik AGC dalam satu kenyataan.



AGC menolak semua tawaran itu, katanya, tanpa menawarkan sebarang sebab di sebalik keputusan itu.



Low diburu berhubung skandal 1MDB, dan dituduh mencuri AS$1.42 bilion ($1.99 bilion) daripada tiga perjanjian bon yang diuruskan Goldman Sachs Group untuk 1MDB.



Dia menawarkan kerajaan Malaysia sebanyak AS$337 juta untuk menyelesaikan dakwaan terhadapnya, menurut laporan akhbar The Edge pada Jumaat lalu, yang memetik sumber tanpa didedahkan.



Sedang Low menafikan sebarang salah laku, pihak pendakwa raya Amerika Syarikat mencapai persetujuan dengannya pada 2020 untuk mendapatkan semula aset yang bernilai hampir AS$700 juta, termasuk sebuah hotel Beverly Hills dan tanah di New York serta London.



Ini merupakan tambahan kepada aset bernilai AS$260 juta, termasuk sebuah kapal layar bernilai AS$126 juta yang dirampas sebelum ini bagi pihak Malaysia.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >