Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Agensi antirasuah terus siasat projek Whoosh walau mendapat sokongan Prabowo

Nov 6, 2025 | 1:39 PM
Suruhanjaya Pembasmian Rasuah (KPK) mengesahkan siasatana terhadap kes rasuah melibatkan projek kereta api berkelajuan tinggi Whoosh akan diteruskan disebalik kenyataan Presiden Prabowo Subianto bertanggungjawab atas hutang projek tersebut.
Suruhanjaya Pembasmian Rasuah (KPK) mengesahkan siasatana terhadap kes rasuah melibatkan projek kereta api berkelajuan tinggi Whoosh akan diteruskan disebalik kenyataan Presiden Prabowo Subianto bertanggungjawab atas hutang projek tersebut. - Foto: ST

JAKARTA: Suruhanjaya Pembasmian Rasuah (KPK) mengesahkan bahawa siasatannya terhadap kes rasuah melibatkan projek kereta api berkelajuan tinggi Whoosh akan diteruskan disebalik kenyataan Presiden Prabowo Subianto bertanggungjawab atas hutang projek tersebut.

“Tiada larangan terhadap siasatan,” kata Timbalan Pengerusi KPK, Johanis Tanak, pada 5 Oktober.

Beliau menjelaskan bahawa siasatan yang sedang dijalankan bertujuan untuk menentukan sama ada terdapat sebarang penyelewengan telah berlaku. Sekiranya terdapat petunjuk salah laku, KPK boleh memaklumkan kepada Presiden.

“Jika tiada petunjuk ditemui, siasatan akan ditutup. Jika terdapat petunjuk, kami boleh memaklumkan kepada presiden kelak,” kata Encik Tanak.

Terdahulu, mantan Menteri Penyelaras Hal Ehwal Politik, Perundangan dan Keselamatan, Encik Mahfud MD mendedahkan dakwaan berlaku penyelewengan dalam projek Whoosh melalui video yang dimuat naik ke saluran YouTube peribadinya.

Beliau mendedahkan dakwaan rasuah dalam bentuk inflasi bajet, atau kenaikan harga, dalam projek Whoosh.

“Berdasarkan pengiraan Indonesia, kos setiap kilometer kereta api Whoosh adalah sekitar AS$52 juta (S$67.9 juta). Di China, ia dianggarkan hanya AS$17 hingga 18 juta - peningkatan tiga kali ganda,” kata Encik Mahfud.

“Siapa yang menaikkan kos? Ke mana perginya wang itu? Ia melonjak daripada AS$17 juta kepada AS$52 juta,” sambungnya.

Pada 16 Oktober 2025, KPK menggesa Encik Mahfud supaya memfailkan laporan rasmi mengenai dakwaan rasuah itu.

Sepuluh hari kemudian, pada 26 Oktober, Encik Mahfud menyatakan kesediaannya untuk dipanggil oleh agensi itu untuk memberikan maklumat lanjut.

KPK kemudian mengesahkan bahawa kes rasuah Whoosh yang didakwa itu telah disiasat sejak awal 2025.

Sementara itu, Presiden Prabowo menekankan bahawa, sebagai Ketua Negara, beliau akan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap operasi dan obligasi kewangan kereta api berkelajuan tinggi Jakarta–Bandung.

“Jangan risau tentang isu berkaitan Whoosh. Saya telah menyemak semula perkara itu dan akan bertanggungjawab untuknya,” kata Encik Prabowo pada 4 Oktober.

Beliau seterusnya menyatakan bahawa projek pengangkutan awam seperti Whoosh tidak seharusnya dinilai semata-mata berdasarkan keuntungan atau kerugian kewangan tetapi berdasarkan manfaat awam yang lebih luas yang diberikannya kepada orang ramai.

Projek Whoosh sepanjang 142 kilometer dari Stesen Halim di Jakarta ke Stesen Tegalluar di Bandung, dilancarkan pada 2023 sebagai salah satu Projek Strategik Nasional (PSN) di bawah pentadbiran mantan Presiden Joko ‘Jokowi’ Widodo.

Ia dikendalikan PT Kereta Cepat Indonesia China (KCIC), usaha sama antara konsortium Indonesia dengan China. - Agensi berita

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg