KUALA LUMPUR: Lebih 100 agensi pelancongan mengendalikan pakej umrah berdepan risiko kerugian besar, berikutan tindakan Kementerian Haji dan Wakaf Arab Saudi yang mengurangkan kuota visa umrah rakyat Malaysia.
Sekurang-kurangnya seramai 10,000 bakal jemaah umrah bermula hujung bulan ini dijangka terjejas akibat keadaan itu yang menimbulkan keresahan di kalangan agensi pelancongan terbabit.