Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Agong lantik Mahathir sebagai PM sementara

Feb 24, 2020 | 8:45 PM
PELETAKAN JAWATAN DITERIMA: Yang di-Pertuan Agong berkenan menerima peletakan jawatan Dr Mahathir sebagai perdana menteri.
PELETAKAN JAWATAN DITERIMA: Yang di-Pertuan Agong berkenan menerima peletakan jawatan Dr Mahathir sebagai perdana menteri. - EPA-EFE

KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad dilantik sebagai Perdana Menteri sementara sambil menunggu pelantikan Perdana Menteri baru.

Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Mohd Zuki Ali, dalam satu kenyataan pada Isnin (24 Februari) berkata Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah juga berkenan menerima peletakan jawatan Dr Mahathir sebagai perdana menteri.

Sebagai perdana menteri sementara, Dr Mahathir akan menguruskan pentadbiran negara sehingga perdana menteri dan anggota Kabinet baru dilantik, lapor Berita Harian Malaysia.

Difahamkan, Dr Mahathir menghantar surat peletakan jawatannya ketika menghadap Yang di-Pertuan Agong petang Isnin di Istana Negara.

Dr Mahathir juga mengumumkan meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) berkuat kuasa serta-merta.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg