Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Ahli pembangkang M'sia tak setuju senarai calon

Oct 31, 2022 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Perkembangan menjelang pilihan raya umum ke-15 (PRU15) bermula dalam keadaan penuh dramatik dengan sebahagian anggota parti pembangkang menzahirkan rasa tidak puas hati terhadap pemilihan calon.



Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Tindakan Demokratik (DAP) adalah dua parti utama pembangkang yang berdepan dengan sungutan ahli yang digugur daripada mempertahan kerusi ataupun tidak dipilih untuk dicalonkan.



Kali ini pihak pembangkang dilihat merubah strategi dalam meletakkan calon, terutamanya selepas episod 'Langkah Sheraton' yang menyaksikan hayat pentadbiran Pakatan Harapan (PH) berakhir dalam masa 22 bulan sahaja.



PH bukan hanya telah mengumumkan barisan calon tetapi turut mendedahkan usaha mahu 'menggempur' kawasan undi yang pernah dimenangi mereka dalam pilihan raya umum lalu tetapi telah dikhianati - antara tumpuan adalah kerusi parlimen Tambun (Perak) dan Gombak (Selangor).



Dalam usaha mencegah ahli parlimen membelot, Parlimen Malaysia beberapa bulan lalu telah meluluskan Akta Antilompat Parti. Selain PH, tumpuan juga terarah kepada pertikaian antara pemimpin Perikatan Nasional (PN) dengan Gerakan Tanah Air (GTA).



Pengerusi GTA, Tun Dr Mahathir Mohamad, mendakwa Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin, juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), menolak pelawaannya agar bekerjasama - bagi menjatuhkan Barisan Nasional (BN).



Tan Sri Muhyiddin pula mendedahkan semalam, langkah Bersatu berundur daripada gagasan PH sebenarnya dimulakan sendiri oleh Dr Mahathir, yang merupakan mantan pengerusi Bersatu.



Di sebalik kemelut ini, BN yang ditunjangi Umno, dilihat lebih bersedia dan mementingkan kestabilan serta kemakmuran negara, dalam usahanya meraih mandat politik yang kukuh. BN dijangka mengumumkan senarai 222 calon yang bertanding PRU15, esok. - Malay Mail, BHM




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >