Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Aktivis diizin keluar lepas dikepung tentera Myanmar

Negara Barat, PBB seru pihak berkuasa bebaskan penunjuk perasaan tanpa gunakan kekerasan atau tangkap mereka
Mar 10, 2021 | 05:30 AM



YANGON: Ratusan penunjuk perasaan muda Myanmar akhirnya dapat keluar selepas dikepung semalaman oleh pasukan keselamatan di sebuah daerah di Yangon, menurut sebilangan aktivis semalam.



Ini setelah beberapa kuasa Barat dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggesa agar mereka dibenarkan keluar.



Pada masa sama, ribuan orang tidak mengendahkan perintah berkurung pada sebelah malam dan keluar ke jalan-jalan di kota utama Myanmar itu untuk menyokong petunjuk perasaan yang dikepung di daerah Sanchaung itu.



Rakyat muda Myanmar itu mengadakan tunjuk perasaan harian terbaru di Sanchaung untuk membantah harian terhadap rampasan kuasa tentera pada 1 Februari.



Polis melepaskan tembakan dan menggunakan bom tangan pegun di Sanchaung, sambil menyatakan mereka akan memeriksa rumah untuk mencari penunjuk perasaan dari luar daerah itu dan menghukum sesiapa yang menyembunyikan mereka.



Seorang aktivis muda, Cik Shar Ya Mone, berkata melalui telefon beliau terperangkap dalam sebuah bangunan bersama kira-kira 15 hingga 20 orang tetapi sekarang telah dapat pulang.



"Ramai orang menawarkan kami menumpang kereta mereka secara percuma dan orang ramai menyambut baik penunjuk perasaan," kata Cik Shar Ya Mone, yang berjanji akan terus membantah "sampai diktator berakhir".



Seorang penunjuk perasaan lain menulis di media sosial bahawa mereka dapat meninggalkan kawasan itu sekitar 5 pagi setelah pasukan keselamatan keluar dua jam sebelumnya.



Kedutaan Amerika Syarikat, Britain, Canada, Jerman dan negara lain menghantar mesej twitter pada lewat Isnin, memberi amaran bahawa pasukan keselamatan telah mengepung sekumpulan pemuda di Sanchaung.



Penduduk di kawasan berdekatan kemudian berduyun-duyun memenuhi jalan-jalan raya setelah video mengenai pengepungan itu tersebar di media sosial.



Menjelang tengah malam, tidak ada laporan kematian akibat kejadian itu dengan pasukan keselamatan cuba menyuraikan orang ramai dengan melepaskan bom tangan pegun serta mengugut penduduk yang memerhatikan dari tingkap rumah mereka.



Myanmar kerap memutuskan Internet pada waktu pagi, hingga sukar mendapatkan maklumat.



"Kedutaan ini amat prihatin tentang laporan mengenai ramai orang muda terperangkap di Sanchaung dan bahagian lain di Yangon," kata Kedutaan Jerman di Yangon.



"Kami meminta pasukan keselamatan jangan menggunakan kekerasan atau menahan penduduk dan orang lain, dan membenarkan semua penunjuk perasaan pulang ke rumah mereka dengan segera."



Pejabat PBB di Myanmar serta kedutaan Amerika dan Britain juga meminta pasukan keselamatan membenarkan penunjuk perasaan beredar tanpa menggunakan kekerasan atau menangkap mereka.



Rampasan kuasa oleh tentera pada 1 Februari dan penangkapan pemimpin yang dipilih, Cik Aung San Suu Kyi, telah mengakibatkan kekacauan di Myanmar.



Pasukan keselamatan telah membunuh lebih 60 penunjuk perasaan dan menahan lebih 1,800 orang sejak itu.



Setiausaha Agung PBB, Encik Antonio Guterres, "meminta pengekangan maksimum sambil menggesa pembebasan semua orang yang ditahan secara selamat tanpa kekerasan atau penangkapan," kata jurucakap PBB Stephane Dujarric.



Sementara itu, junta tentera menutup lima media tempatan yang melaporkan mengenai tunjuk perasaan tersebut, iaitu Mizzima,DVB,7Day News,Myanmar Now dan Khit Thit Media, sambil melarang mereka menerbitkan sebarang kandungan.



Ketua Junta, Jenerarl Min Aung Hlaing, menuduh media mengelirukan masyarakat antarabangsa, dengan mengatakan bahawa pihak berkuasa keselamatan menggunakan kekerasan minimum terhadap penunjuk perasaan.



Beliau mengatakan menjadikan jumlah korban ialah 34 orang, kira-kira separuh angka yang dilaporkan media tempatan, menurut siaran MRTV yang dikendalikan pemerintah. - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >