Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

SEKILAS

Aktres Anne Heche diisytihar meninggal lepas seminggu koma

Aug 14, 2022 | 05:30 AM



LOS ANGELES: Pelakon Hollywood Anne Heche (gambar) secara rasmi diisytiharkan meninggal dunia, seminggu selepas kereta yang dipandunya merempuh sebuah bangunan di sini, kata jurucakapnya, semalam.



Heche, 53 tahun, sebelum ini koma susulan kemalangan pada 5 Ogos itu, yang menyebabkan beliau mengalami kecederaan otak yang serius.



Pelakon itu sudah hilang semua fungsi otaknya dan menurut undang-undang California, beliau dikatakan sudah meninggal dunia, walaupun jantungnya masih berdegup.



Sebelum ini, ahli keluarga berusaha untuk mendapatkan penderma organ ketika pelakon itu bergantung kepada mesin sokongan hayat, kata jurucakapnya, Holly Baird, kepada AFP.



Heche dikenali menerusi filem era 1990-an seperti Donnie Brasco dan Six Days, Seven Nights. - AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >