BAGHDAD: Timbul kekeliruan di Iraq sama ada Abu Bakr al-Baghdadi, pemimpin Negara Islam di Iraq dan Syria (ISIS), cedera dalam serangan udara pada hujung minggu lalu - dan jika benar, di mana serangan itu dilakukan.
Seorang pegawai kementerian pertahanan Iraq yang tidak diberi kuasa untuk bercakap secara terbuka berkata tentera Iraq "tidak pasti", berdasarkan laporan risikan, bahawa al-Baghdadi cedera dalam serangan udara Amerika ke atas konvoi panglima tentera ISIS di bandar Mosul.