Subuh
5:36
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

MALAYSIA

Aliran trafik tinggi di lebuh raya M'sia

Apr 21, 2023 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Aliran trafik tinggi dilaporkan di beberapa laluan di lebuh raya utama sejak awal pagi Khamis berikutan pertambahan jumlah kenderaan susulan orang ramai pulang ke kampung halaman menjelang sambutan Aidilfitri.



Akaun rasmi di Twitter Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) sehingga 8 pagi memaklumkan, beberapa laluan di Lebuhraya Utara-Selatan dan Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak mencatatkan aliran trafik tinggi.



Di Lebuhraya Utara-Selatan arah utara, aliran trafik tinggi dilaporkan dari Sungai Buaya ke Bukit Tagar; Tanjung Malim ke Behrang; Slim River ke Hentian Sebelah Ladang Bikam; Bidor ke Tapah; Tapah ke Gopeng; Terowong Menora ke kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Sungai Perak serta Kuala Kangsar ke R&R Bukit Gantang.



Di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak arah timur pula aliran trafik tinggi dilaporkan dari Plaza Tol Gombak ke Bukit Tinggi.



Sementara itu, di Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT1) pula mencatatkan trafik perlahan keluar ke Plaza Tol Kuala Terengganu.



Sebelum ini, LLM menjangka jumlah peningkatan trafik hingga 2.3 juta kenderaan sehari di tiga lebuh raya utama, yang dijangka berlaku berperingkat bermula Rabu hingga 7 Mei sempena perayaan Aidilfitri.



Menurut kenyataan itu, bagi memastikan kelancaran aliran trafik dan mengurangkan kesesakan di lebuh raya, LLM mengarahkan syarikat konsesi lebuh raya mengambil beberapa langkah bagi meminimumkan kesan peningkatan trafik tersebut.



Antaranya, mengarahkan semua syarikat konsesi lebuh raya untuk menghentikan kerja pembinaan dan penyelenggaraan yang membabitkan penutupan lorong lebuh raya bermula Selasa hingga 7 Mei ini.



Selain itu, mengeluarkan cadangan waktu perjalanan bagi pengguna lebuh raya utama berkenaan untuk membantu mereka merancang perjalanan, serta memaparkan maklumat trafik dan peringatan menambah nilai Touch n' Go atau e-Wallet sebelum memulakan perjalanan di papan tanda elektronik.



Sebelum itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, telah mengumumkan tol percuma bagi semua 33 lebuh raya utama negara bermula 19 hingga 21 April dan 24 April.



Ini sebagai sebahagian usaha kerajaan Malaysia mahu meringankan kos pengangkutan rakyat yang mahu pulang ke kampung menyambut Aidilfitri.



Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dalam satu hantaran di Facebook memaklumkan bahawa kejadian ribut petir dari pagi hingga petang diramal berlaku pada Jumaat di satu dua tempat membabitkan kawasan pedalaman dan pantai di Semenanjung Malaysia.



Ia termasuk negeri Kelantan, Terengganu, Pahang, Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kuala Lumpur, Putrajaya, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor serta beberapa kawasan Sarawak dan Sabah.



Pada sebelah Jumaat malam pula, ribut petir dijangka berlaku di Kelantan, Terengganu, Pahang, Sarawak (Kuching, Serian, Samarahan) dan satu dua tempat kawasan pedalaman iaitu Negeri Sembilan dan Johor.



MetMalaysia menambah, pada Sabtu pula, Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor diramal mengalami cuaca hujan dan ribut petir dari sebelah pagi hingga malam. - BHM.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >