Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Alumni sekolah katolik beri sokongan kepada Ganjar-Mahfud

Jan 29, 2024 | 02:02 PM



JAKARTA: Sekumpulan alumni sekolah Katolik mengisytiharkan sokongan mereka kepada pasangan calon presiden Ganjar Pranowo-Mahfud MD, yang bertanding atas tiket Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDI-P) dalam pilihan raya akan datang.


Kumpulan itu, yang menggelar dirinya sebagai Alumni SMA Top Gan, terdiri daripada alumni sekolah menengah Katolik, seperti Kolej Canisius, Tarakanita dan Santa Ursula.

Semasa menyuarakan sokongan dalam satu acara di Jakarta Selatan pada 28 Januari, paderi Jesuit Franz Magnis-Suseno membangkitkan kebimbangan tentang keadaan tidak menentu hak asasi manusia dan demokrasi di Indonesia.

Keputusan Mahkamah Perlembagaan baru-baru ini, yang membuka jalan kepada anak sulung Presiden Joko “Jokowi” Widodo, Encik Gibran Rakabuming Raka, untuk bertanding dalam pilihan raya presiden akan datang, juga antara peristiwa yang menimbulkan kebimbangan Encik Franz.

“Saya lihat tanda-tanda bahawa bukan sahaja pilihan raya dipengaruhi oleh pihak berkuasa, tetapi juga dimanipulasi,” katanya semasa perbincangan.

Encik Ganjar bertemu Encik Franz di Sekolah Falsafah Driyakarya di Jakarta, tempat beliau mengajar sebagai profesor.

Kedua-dua tokoh tersebut bercakap tentang kepentingan negarawan dan peranan elit politik dalam menegakkan demokrasi negara, lapor The Jakarta Post.


Alumni dan ahli perniagaan Kolej Canisius, Encik Sofjan Wanandi, yang aktif dalam gerakan Reformasi pada 1998, menggesa pengundi muda membuat keputusan dengan teliti, mengenai masa depan mereka, kerana beliau bimbang undang-undang tidak dilaksanakan dengan betul di Indonesia.

“(Pasangan Ganjar-Mahfud) adalah yang terbaik. Kita tidak seharusnya tertumpu pada janji untuk lima tahun akan datang, tetapi lebih kepada latar belakang dan kerja sebenar mereka setakat ini,” kata Encik Sofjan.

Bekas pesuruhjaya Suruhanjaya Kebangsaan Hak Asasi Manusia (Komnas HAM), Cik Sandrayati Moniaga, yang merupakan ahli pasukan kempen Ganjar-Mahfud dan alumni sekolah menengah atas Tarakanita, bimbang dengan proses penganjuran pilihan raya tahun ini.

Pilihan raya presiden akan datang akan, menyaksikan tiga pasangan calon bersaing - Anies Baswedan-Muhaimin Iskandar, Prabowo Subianto-Gibran dan Ganjar-Mahfud. Hari mengundi dijadualkan pada 14 Februari. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >