Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Amaran tsunami susuli gempa landa Papua New Guinea

Sep 12, 2022 | 05:30 AM



JAKARTA: Gempa bumi sekuat berukuran 7.6 magnitud melanda wilayah New Guinea Timur di Papua New Guinea semalam, sekali gus mencetuskan amaran tsunami.



Menurut Pusat Seismologi Mediterranean Eropah (EMSC), gempa itu berlaku pada kedalaman 80 kilometer.



Sistem amaran tsunami Amerika Syarikat (AS) mengeluarkan amaran tsunami susulan kejadian itu, namun kemudian memaklumkan ancaman terbabit sudah berlalu.



Selain itu, tiada sebarang ancaman tsunami terhadap negara berdekatan seperti Australia setakat ini, menurut Biro Meteorologinya.



Penduduk Papua New Guinea meluahkan perasaan serta pengalaman mereka ketika berdepan detik mencemaskan itu melalui media sosial termasuk Twitter.



Ia termasuk gambar dan rakaman video yang antara lain menunjukkan barangan terjatuh dari rak jualan di pasar raya akibat gegaran kuat disebabkan gempa berkenaan. - AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >