Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Amerika akan pertahan Taiwan jika diserang: Biden

Sep 20, 2022 | 05:30 AM



WASHINGTON: Angkatan tentera Amerika Syarikat akan bertindak mempertahankan Taiwan sekiranya negara itu "menghadapi serangan yang belum pernah terjadi," kata Presiden Joe Biden kelmarin, bagi menegaskan komitmen Amerika terhadap negara pulau itu, apabila China mula dilihat mendekati pesisiran Taiwan.



Bercakap dalam wawancara rancangan 60 Minutes yang disiarkan stesen CBS, Encik Biden cuba mengelak daripada memberi jawapan apabila ditanya sama ada Taiwan akan atau harus mendapat kemerdekaan.



Tetapi beliau menyusul pula dengan ikrar apabila ditanya pengacara Scott Pelley, jika tentera Amerika akan "mempertahankan negara pulau itu".



"Ya, jika berlaku serangan yang belum pernah terjadi," jawab beliau, seperti dalam transkrip yang diberikan oleh penyiar itu.



Ketika diminta menjelaskan jika yang dimaksudkan itu tidak seperti di Ukraine, tentera Amerika - rakyat Amerika, lelaki dan wanita - akan mempertahankan Taiwan jika berlaku serangan dari China, Encik Biden menjawab: "Ya".



Namun, beliau masih mengulangi apa yang dikatakan pada awal wawancara itu bahawa dasar Amerika mengenai "sebuah negara China" tidak berubah.



"Kita bersetuju atas apa yang telah ditandatangani sejak dulu lagi, iaitu dasar 'sebuah negara China', kata Encik Biden, sambil menambah bahawa Taiwan "membuat keputusannya sendiri" mengenai kemerdekaan negaranya.



"Kita tidak bergerak ke arah itu, kita tidak juga menggalakkan mereka untuk merdeka," kata beliau.



"Itu keputusan mereka sendiri."



Encik Biden telah membuat kenyataan yang sama sebelum ini, yang mencetuskan kemarahan Beijing dan menyulitkan lagi "kesamaran dasar" Washington mengenai Taiwan.



Pada Mei lalu, Encik Biden berkata "ya" apabila ditanya jika Amerika Syarikat bersedia "melibatkan tenteranya" jika terpaksa.



"Itu komitmen yang telah kami berikan," kata beliau ketika itu, sebelum para pegawai Rumah Putih menarik balik ulasan beliau.



Seorang pegawai Rumah Putih berkata kelmarin, Encik Biden menyatakan hal yang sama sebelum ini dan menegaskan bahawa dasar Amerika tidak berubah.



Pegawai berkenaan mengulas tentang wawancara dalam rancangan 60 Minutes itu tetapi tidak mahu identitinya didedahkan.



Washington memutuskan hubungan rasmi diplomatik dengan Taiwan pada 1979, beralih memberikan pengiktirafan kepada Beijing sebagai satu-satunya perwakilan China, dengan tanah besar China itu sebagai rakan utama perdagangan.



Tetapi pada masa yang sama, Amerika mengekalkan pendirian untuk membantu Taiwan pada masa-masa sukar. - Agensi berita




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >