Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Amerika, Belanda perluas sekatan bekalan mikrocip ke China

Jun 30, 2023 | 02:53 PM



NEW YORK: Amerika Syarikat dan Belanda telah siap untuk terus memberi tekanan ke atas pembuat cip China, dengan mengehadkan lagi penjualan peralatan pembuatan cip, sebahagian usaha berterusan menghalang teknologi mereka digunakan bagi memperkukuh keupayaan ketenteraan China.


Sedang Belanda merancang menyekat peralatan tertentu dari syarikat utamanya ASML (Advanced Semiconductor Materials Lithography) dan syarikat lain, Amerika pula dijangka melangkah lebih jauh dan menggunakan keupayaannya untuk menahan lebih banyak peralatan Belanda dari kilang-kilang tertentu di China.

Kerajaan Belanda dan syarikat ASML enggan mengulas mengenai perkara itu, begitu juga dengan Jabatan Perniagaan Amerika, yang mengawasi kawalan eksport.

Pada Oktober 2022, Amerika menguatkuasakan sekatan eksport pengiriman peralatan cip buatan Amerika ke China dari syarikat Amerika seperti Lam Research and Applied Materials, atas alasan melindungi keselamatan, dan mempengaruhi negara lain supaya berbuat demikian.

Jurucakap Kedutaan China di Washington, Encik Liu Pengyu, mengecam langkah tersebut dan mengatakan bahawa Amerika “sengaja menyekat dan mempersulit syarikat China, memaksanya mengalihkan industri ke tempat lain”.

China, katanya lagi, akan terus “memantau perkembangan ini dan melindungi kepentingannya secara tegas”.

Jepun, di mana terletaknya syarikat pembuat cip Nikon Corp dan Tokyo Electron, telah melaksanakan peraturan sekatan eksport 23 jenis peralatan pengeluaran semikonduktor, yang akan berkuat kuasa mulai Julai 2023.

Kerajaan Belanda merancang mengumumkan peraturan baru pada Jumaat, dengan memperkenalkan pelesenan bagi pengeluaran ASML kedua terbaik, iaitu peralatan semikonduktor menggunakan teknologi deep ultraviolet (DUV).


Mesin paling canggih ASML, iaitu extreme ultraviolet (EUV), telah disekat dan tidak lagi dibekalkan ke China.


ASML berkata pada Mac 2023, ia menjangkakan peraturan yang dikuatkuasakan kerajaan Belanda akan menjejas pengeluaran model canggih TWINSCAN NXT:2000i.

Tetapi pengeluaran jenis lama dari syarikat itu yang dinamakan TWINSCAN NXT:1980Di, juga akan disekat daripada dimiliki enam syarikat China, oleh Amerika.

Peralatan itu akan disertakan dalam peraturan baru Amerika, yang membolehkan negara itu menyekat peralatan negara asing biar sekecil mana sekalipun bilangannya, menurut satu sumber yang enggan menyebut butiran peribadinya kerana tidak diberi kuasa membuat sebarang ulasan. – Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >