SEOUL: Korea Utara semalam telah melancarkan ujian peluru berpandu balistik, yang pertama sejak Encik Donald Trump dilantik sebagai Presiden Amerika Syarikat dan ketika beliau menerima kunjungan Perdana Menteri Jepun, Encik Shinzo Abe.
Peluru yang dilancarkan pada 7.55 pagi daripada pangkalan udara Banghyon di daerah barat Pyongang Utara itu meluncur ke timur ke arah Laut Jepun, menurut kementerian pertahanan Korea Selatan.