Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Amerika hulur bantuan kemanusiaan AS$116j kepada Myanmar, Bangladesh

Sep 22, 2023 | 11:46 AM
BANTUAN KEMANUSIAAN: Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Encik Antony Blinken, menyatakan negaranya akan menyalurkan bantuan kemanusiaan sebanyak  AS$116 juta ($161 juta) kepada Myanmar dan Bangladesh
BANTUAN KEMANUSIAAN: Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Encik Antony Blinken, menyatakan negaranya akan menyalurkan bantuan kemanusiaan sebanyak AS$116 juta ($161 juta) kepada Myanmar dan Bangladesh - Foto REUTERS

WASHINGTON: Amerika Syarikat akan menyalurkan bantuan kemanusiaan tambahan AS$116 juta ($161 juta) kepada Myanmar, Bangladesh dan wilayah sekitarnya bagi menyokong orang Rohingya yang melarikan diri dari Myanmar, kata Setiausaha Negara Encik Antony Blinken dalam satu kenyataan pada Khamis.

Dengan pembiayaan baru itu, jumlah bantuan Amerika kepada kedua-dua negara yang terjejas akibat krisis di Myanmar, Bangladesh dan rantau ini berjumlah lebih AS$2.2 bilion sejak Ogos 2017.

Bagi beliau, keganasan yang dilakukan terhadap minoriti Rohingya oleh tentera Myanmar sama seperti pembunuhan beramai-ramai dan jenayah terhadap kemanusiaan.

Angkatan bersenjata Myanmar melancarkan operasi ketenteraan pada 2017 yang memaksa sekurang-kurangnya 730,000 orang Rohingya yang kebanyakannya beragama Islam meninggalkan rumah mereka ke negara jiran Bangladesh.

Orang-orang Rohingya mendakwa berlakunya pembunuhan, merogol besar-besaran dan pembakaran.

Pada 2021, tentera Myanmar menerajui pemerintah Myanmar dalam rampasan kuasa.

Encik Blinken ditukil media Barat sebagai menyatakan bahawa keganasan yang tentera Myanmar lakukan berdasarkan “penilaian fakta dan analisis undang-undang yang disediakan oleh Jabatan Negara” dan “termasuk dokumentasi terperinci oleh pelbagai badan kemanusiaan seperti Amnesty International dan Human Rights Watch”.

Orang Rohingya yang kebanyakannya beragama Islam, dilihat di Myanmar sebagai pendatang dari Bangladesh. Mereka dinafikan kewarganegaraan dan memerlukan kebenaran untuk melakukan perjalanan.

Akibat tekanan hidup, ribuan anggota masyarakat itu kini mempertaruhkan nyawa mereka setiap tahun melakukan perjalanan berbahaya dari kem di Bangladesh dan Myanmar untuk berlayar ke Malaysia dan Indonesia yang majoritinya Muslim.

Pada Jun, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengurangkan catuan makanan untuk hampir sejuta penduduk kem Rohingya kepada hanya sembilan sen.

Pemotongan yang dibuat akibat kekurangan besar dalam pembiayaan telah mencetuskan kebimbangan timbulnya masalah kekurangan zat makanan dan kematian kanak-kanak di penempatan pelarian terbesar di dunia itu.

“Rohingya menghadapi kesulitan untuk memenuhi keperluan hidup. Akan ada kesan yang serius,” kata Cik Simone Parchment, Timbalan Pengarah bagi Bangladesh, Program Makanan Sedunia (WFP) PBB, yang telah menyokong pelarian sejak mereka meninggalkan Myanmar. – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg