Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Asean mesti diberi akses kepada Aung San Suu Kyi: Vivian

Jul 14, 2023 | 08:12 PM



JAKARTA: Konsensus Lima Perkara (5PC) Asean yang bertujuan membawa keamanan kepada Myanmar kekal tidak boleh diubah termasuk permintaannya untuk mendapat akses kepada semua pihak berkepentingan seperti pemimpin pemerintah awam yang digulingkan, Cik Aung San Suu Kyi, kata Menteri Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan, pada Jumaat.


Bercakap kepada wartawan tempatan selepas menteri-menteri ehwal luar Asean mengakhiri siri mesyuarat selama seminggu, Dr Balakrishnan menggesa agar Cik Suu Kyi dibebaskan dari penjara.

Beliau berkata Singapura telah membuat gesaan sedemikian sebelum ini, dan rundingan untuk kestabilan di Myanmar mesti melibatkan Cik Suu Kyi, yang kini sedang menjalani hukuman penjara 33 tahun.

“Jika anda akan mengadakan rundingan dari hati ke hati yang sebenar antara Daw Aung San Suu Kyi dengan pihak berkuasa tentera, ia tidak boleh dijalankan semasa beliau ditahan dalam kemudahan penjara,” katanya. ‘Daw’ merupakan gelaran hormat bagi wanita di Myanmar.

Komennya itu dibuat sehari selepas satu kenyataan bersama oleh menteri-menteri ehwal luar berkata beberapa negara Asean menyifatkan kegiatan Thailand baru-baru ini untuk melibatkan diri dengan Myanmar sebagai satu “perkembangan positif”.

Menteri Luar Thailand yang akan tamat tempoh jawatannya, Encik Don Pramudwinai, telah mendedahkan pada Rabu bahawa beliau telah bertemu dengan Cik Suu Kyi pada Ahad.

Pada Jun, beliau juga telah menjemput rakan sejawatannya dari Asean ke mesyuarat rahsia untuk terlibat semula dengan tentera Myanmar, yang menyaksikan pelbagai peringkat penyertaan.

Menjawab soalan mengenai lawatan Encik Don, Dr Balakrishnan berkata lawatan itu bukanlah “lawatan Asean” dan menteri Thai itu telah melakukannya sendiri.

“Dan, jelas, menurutnya, beliau mempunyai akses. Menurut pihak berkuasa tentera di Myanmar, mereka berkata beliau mempunyai akses kepadanya mungkin selama satu setengah jam. Saya tidak mahu berkongsi terlalu banyak butiran kecuali untuk mengatakan bahawa beliau menyatakan yang beliau fikir beliau (Cik Suu Kyi) berada dalam kesihatan yang baik, dan kami semua sangat lega mendengarnya,” katanya.

Tetapi Dr Balakrishnan menambah bahawa sudah dua setengah tahun berlalu sejak Cik Suu Kyi diasingkan, yang mana beliau tidak mempunyai sebarang akses kepada media. Beliau menekankan bagaimana Cik Suu Kyi kekal sebagai “pangsi utama” untuk sebarang penyelesaian kepada krisis Myanmar.

“Anda tidak boleh mempunyai sebarang penyelesaian tanpa penyertaannya. Adakah satu lawatan ini, satu interaksi, mencukupi? Tidak, saya tidak percaya ia mencukupi. Malah, jika anda kembali kepada konsensus lima perkara, apa yang diminta ialah utusan khas Asean akan mengunjungi Myanmar, akan diberikan akses kepada semua pihak berkepentingan, dan yang mesti termasuk Daw Aung San Suu Kyi,” katanya.

Rancangan damai Asean meminta dialog antara semua pihak, agar menghentikan keganasan di Myanmar secara serta-merta, pelantikan utusan khas Asean untuk memudahkan pengantaraan, bantuan kemanusiaan dan lawatan oleh delegasi Asean ke Myanmar untuk bertemu semua pihak yang berkenaan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >