Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Amerika kemuka draf cadangan bagi gencatan senjata sementara di Gaza

Feb 20, 2024 | 01:47 PM



NEW YORK: Amerika Syarikat telah mencadangkan draf saingan resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), yang menggesa gencatan senjata sementara dalam perang Israel-Hamas, dan menentang sebarang serangan darat besar-besaran oleh sekutunya, Israel, di Rafah, menurut teks yang dilihat agensi berita Reuters.


Langkah itu dibuat selepas Amerika memberi isyarat akan menggunakan kuasa veto pada 20 Februari terhadap ketetapan yang disaran Algeria yang menuntut gencatan senjata kemanusiaan segera.

Washington bimbang ketetapan tersebut boleh menjejas rundingan antara Amerika, Mesir, Israel dan Qatar, yang berusaha untuk menghentikan perang dan pembebasan tebusan yang masih ditahan Hamas.

Sehingga kini, Washington tidak menyukai perkataan gencatan senjata dalam sebarang tindakan PBB mengenai perang Israel-Hamas.

Tetapi teks draf Amerika itu mengulangi bahasa yang diungkapkan oleh Presiden Joe Biden minggu lalu dalam perbualan dengan Perdana Menteri Israel, Encik Benjamin Netanyahu.

Ia akan menyaksikan Majlis Keselamatan “menegaskan sokongannya untuk gencatan senjata sementara di Gaza secepat mungkin”.

Ini adalah berdasarkan formula pembebasan semua tebusan, dan menyeru untuk menghapuskan semua halangan kepada pemberian bantuan kemanusiaan secara berskala.

Untuk lulus, ketetapan Amerika itu memerlukan sekurang-kurangnya sembilan undi menyokong dan tiada veto oleh Perancis, Britain, Russia atau China.

Israel merancang untuk menyerang Rafah di selatan Gaza, di mana lebih sejuta rakyat Palestin telah mencari perlindungan.

Ini mencetuskan kebimbangan antarabangsa bahawa tindakan sedemikian akan memburukkan lagi krisis kemanusiaan di Gaza.

Washington secara tradisi melindungi sekutunya Israel daripada tindakan PBB dan sudah dua kali menggunakan kuasa veto terhadap ketetapan badan dunia itu, sejak serangan 7 Oktober ke atas Israel oleh militan Hamas.

Tetapi ia juga telah berkecuali dua kali, membenarkan majlis itu menerima pakai ketetapan yang bertujuan untuk meningkatkan bantuan kemanusiaan ke Gaza.

Draf teks Amerika itu turut mengecam gesaan beberapa menteri Israel agar peneroka Yahudi berpindah ke Gaza.

Ia juga akan menolak sebarang percubaan perubahan demografi atau wilayah di Gaza yang akan melanggar undang-undang antarabangsa.

Ketetapan itu juga akan menolak “sebarang tindakan oleh mana-mana pihak yang mengurangkan wilayah Gaza, secara sementara atau kekal, termasuk melalui penubuhan secara rasmi atau tidak rasmi, apa yang dipanggil zon penampan serta tindakan merobohkan secara meluas dan sistematik infrastruktur awam”.

Agensi berita Reuters melaporkan pada Disember 2023 bahawa Israel memberitahu beberapa negara Arab bahawa ia mahu mengukir zon penampan di sempadan Gaza bagi mencegah serangan selepas perang tamat.


Pada Disember 2023, lebih tiga perempat daripada 193 anggota Perhimpunan Agung PBB mengundi untuk menuntut gencatan senjata kemanusiaan segera.

Resolusi Perhimpunan Agung tidak mengikat, tetapi memberi kesan politik, mencerminkan pandangan global tentang peperangan itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >