Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Amerika kerah tentera selepas kedutaan di Baghdad diserang

Jan 02, 2020 | 05:30 AM



BAGHDAD: Amerika Syarikat mengumumkan langkah mengerahkan lebih ramai anggota tentera ke Timur Tengah selepas kumpulan penunjuk perasaan pro-Iran menyerbu kawasan kedutaan Amerika di Iraq.



Pencerobohan itu menyusuli serangan udara Amerika yang mengakibatkan sekitar dua dozen anggota militan terkorban Ahad lalu. Para penunjuk perasaan berjaya melepasi pusat pemeriksaan di Zon Hijau yang dikawal rapat kelmarin, menuntut pengusiran tentera Amerika dari Iraq dan menyuarakan kesetiaan kepada seorang jeneral Kor Pengawal Revolusi Iran, Qasem Soleimani.



Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Mike Pompeo berkata serangan itu "dirancang oleh pengganas", salah seorang daripada mereka dinamakan sebagai Abu Mahdi al-Muhandis.



Muhandis telah dikenalpasti sebagai timbalan ketua dalam kumpulan militan Hashed al-Shaabi yang disokong Tehran yang termasuk Kataib Hizbollah, kumpulan yang disasarkan dalam serangan udara Amerika.



Setiausaha Pertahanan Mark Esper dalam satu kenyataan berkata kira-kira 750 askar dari unit 82nd Airborne Division bersedia untuk dikerahkan dalam beberapa hari berikutnya ke rantau ini.



"Kerahan ini adalah langkah tepat dan berjaga-jaga yang diambil sebagai tindak balas terhadap peningkatan tahap ancaman terhadap kakitangan dan kemudahan Amerika, seperti yang kita saksikan di Baghdad," katanya.



Amerika juga telah menerbangkan pasukan Marines ke Baghdad untuk menguatkan kedutaannya selepas serangan kelmarin, yang menyebabkan asap dan api dilihat di pintu masuk kedutaan dan sekali gus meningkatkan ketegangan antara Teheran dan Washington.



Pengumuman Encik Esper adalah langkah terbaru oleh Washington untuk meningkatkan pertahanannya di rantau itu sejak Presiden Donald Trump pada Mei 2018 menarik diri daripada perjanjian nuklear berbilang negara dengan Iran dan menguatkan lagi sekatan ekonomi.



Encik Trump menyalahkan Teheran atas serangan kedutaan dan memberi amaran bahawa ia akan menghadapi hukuman jika warga Amerika terbunuh.



"Iran akan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kehilangan nyawa, atau kerosakan yang dialami, di mana-mana kemudahan kami," kata Encik Trump di Twitter.



"Mereka akan membayar HARGA YANG TINGGI! Ini bukan Amaran, itu Ancaman," tulis Encik Trump, sambil menambah "Selamat Tahun Baru!".



Sebelum pengumuman Encik Esper, seorang pegawai Amerika memberitahu AFP bahawa Washington telah mengerahkan ratusan tentera Amerika ke Kuwait sebagai tindak balas ke atas kejadian tersebut dan mereka mungkin akan dihantar ke Iraq.



"Sekurang-kurangnya 500 anggota unit 82nd Airborne Division telah meninggalkan Fort Bragg di Amerika Syarikat, dan sehingga 4,000 mungkin akan dikerahkan," kata pegawai itu.



Mesej Trump tiba di penghujung hari di mana para pegawai Washington terkejut dan marah dengan cara mudah para penunjuk perasaan berjaya memasuki Zon Hijau, dan tiba di kedutaan Amerika buat kali pertama dalam beberapa tahun.



Mereka membawa bendera Kataib Hizbollah, sebuah komponen berpendirian tegar di bawah rangkaian militan Hashed al-Shaabi.



Siaran langsung menunjukkan penunjuk perasaan yang menghentam pintu keselamatan tinggi bangunan terima pengunjung kedutaan, menghancurkan tingkap dan membakar pos pengawal.



Teheran berkata AS wajar menyalahkan dirinya kerana serangan udara yang membunuh kira-kira dua dozen pejuang Kataib Hizbollah pada Ahad lalu.



"Tindakan pegawai Amerika sungguh menghairankan, setelah membunuh sekurang-kurang 25 orang... dan melanggar kedaulatan negara dan keutuhan wilayah, sekarang ... mereka mengaitkan protes rakyat Iraq terhadap tindakan kejam mereka dengan Republik Islam Iran," kata jurucakap kementerian luar Iran Encik Abbas Mousavi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >