Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Amerika sasar lebih banyak peluru berpandu antikapal Houthi

Jan 19, 2024 | 11:51 AM



WASHINGTON: Amerika Syarikat terus melancarkan serangan pada awal 18 Januari yang menyasarkan dua peluru berpandu antikapal Houthi yang sedang siap untuk diluncurkan ke arah Laut Merah.


Tindakan Houthi itu disifatkan sebagai “ancaman segera” kepada perkapalan dan kapal Tentera Laut Amerika di rantau itu, kata tentera Amerika.

“Pasukan Perintah Pusat Amerika telah melakukan serangan ke atas dua peluru berpandu antikapal Houthi yang sedia diluncurkan ke sasaran di Laut Merah,” kata Pusat Perintah Amerika dalam satu kenyataan.

Jurucakap keselamatan negara Rumah Putih, Encik John Kirby, semasa satu taklimat dalam pesawat Air Force One, berkata serangan terbaru itu sama seperti pada 17 Januari yang menyasarkan peluru berpandu Houthi yang bersedia untuk diluncurkan di selatan Laut Merah.

Presiden Amerika, Encik Joe Biden, secara berasingan memberitahu wartawan pada 18 Januari bahawa serangan udara akan berterusan walaupun mereka mungkin tidak menghentikan serangan terhadap Houthi.

“Adakah ini akan menghalang Houthi? Tidak. Adakah mereka akan meneruskan? Ya,” kata Encik Biden sebelum menaiki Air Force One untuk meninggalkan bangunan Rumah Putih.

Serangan terbaru Amerika berlaku sehari selepas negara itu menyenaraikan pemberontak Houthi yang berpangkalan di Yaman sebagai kumpulan pengganas.

Dalam pada itu, firma keselamatan maritim Britain, Ambrey, berkata kapal pengangkut milik Amerika yang menggunakan bendera Kepulauan Marshall melaporkan bahawa empat dron telah menghampiri dan mengelilingi kapal itu kira-kira 140 kilometer ke tenggara bandar Mukalla di Yaman.

“Salah satu dron dilaporkan jatuh ke air. Tiada kerosakan atau kecederaan dilaporkan. Kapal itu tidak terjejas dan meneruskan pelayarannya,” kata Ambrey dalam satu nota peringatan yang dikeluarkannya pada 18 Januari.

Menurut firma itu, dron itu kekal berlegar di sekitar kapal pengangkut, menekankan bahawa ia adalah insiden kedua membabitkan kapal komersial itu.

Operasi Perdagangan Maritim Britain (UKMTO) juga berkata ia menerima laporan mengenai satu insiden sekitar 137 kilometer ke tenggara Ash Shihr, Yaman. Ia tidak memberikan butiran lanjut.

Serangan militia Houthi ke atas kapal di rantau itu sejak November 2023 telah memperlahankan perdagangan antara Asia dengan Eropah, dan membimbangkan kuasa besar.

Houthi yang bersekutu dengan Iran dan menguasai sebahagian besar Yaman, berkata mereka bertindak sebagai tanda perpaduan dengan rakyat Palestin di Gaza dan telah mengancam untuk meluaskan serangan mereka.

Sebagai tindak balas, Amerika dan Britain telah melakukan beberapa siri serangan ke atas sasaran Houthi untuk mengurangkan keupayaan mereka untuk melakukan serangan di Laut Merah. – Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >