Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

AS lancar serangan balas peluru berpandu ke atas Houthi

Jan 17, 2024 | 04:20 PM



WASHINGTON/DAVOS: Tentera Amerika Syarikat telah melancarkan serangan baru di Yaman pada 16 Januari dengan menghancurkan peluru berpandu balistik antikapal Houthi ketika ia hendak diluncurkan terhadap kapal milik Greece di Laut Merah.


Rumah Putih berkata serangan tambahan Amerika itu telah menghancurkan peluru berpandu balistik Houthi yang sedia untuk dilancarkan, mengesahkan laporan agensi berita Reuters sebelum ini yang memetik pegawai Amerika yang menyatakan serangan baru telah dilancarkan terhadap empat peluru berpandu antikapal Houthi.


Serangan itu tidak pernah dilaporkan sebelum ini.

“Kami tidak mahu membesar-besarkan perkara ini. Houthi mempunyai pilihan untuk dibuat dan mereka masih mempunyai masa untuk membuat pilihan yang tepat, iaitu menghentikan serangan melulu ini,” kata jurucakap Rumah Putih, Encik John Kirby

Houthi, yang bersekutu dengan Iran, telah mengancam untuk memperluaskan serangannya termasuk terhadap kapal-kapal Amerika sebagai tindak balas serangan Amerika dan Britain ke atas beberapa lokasinya di Yaman.

Serangan Houthi ke atas kapal di rantau itu sejak November telah menjejas syarikat perkapalan antarabangsa dan mencemaskan kuasa besar – kemungkinan peningkatan perang lebih tiga bulan antara Israel dengan militan Hamas di Gaza.

Houthi berkata mereka bertindak sebagai solidariti dengan rakyat Palestin.

Dua ketua kumpulan perbankan antarabangsa yang menghadiri Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Davos berkata bahawa mereka bimbang krisis itu mungkin menyebabkan tekanan inflasi yang akhirnya boleh menangguhkan atau menjejas semula pemotongan kadar faedah, sekali gus menjejas harapan untuk pemulihan ekonomi Amerika.

Gangguan kepada perkapalan di Laut Merah yang disebabkan oleh serangan Houthi juga akan menaikkan harga barangan pengguna di Eropah.

Ketua Pegawai Kewangan World DP, Encik Yuvraj Narayan, berkata beliau menjangkakan gangguan perkapalan itu akan menjejas import Eropah.

“Kos barangan ke Eropah dari Asia akan menjadi lebih tinggi dengan ketara,” kata Encik Narayan kepada Reuters sempena mesyuarat tahunan WEF di Davos, pusat peranginan ski Switzerland.


“Pengguna Eropah akan merasakan keperitannya... ia akan melanda ekonomi maju lebih daripada ia menjejas ekonomi membangun,” tambah ketua kewangan syarikat logistik yang berpangkalan di Dubai itu.

Premium insurans risiko perang untuk penghantaran melalui Laut Merah dilaporkan telah meningkat, kata sumber insurans pada 16 Januari.

Di Sepanyol, empat kilang milik pembuat tayar Perancis, Michelin, merancang untuk menghentikan pengeluaran sekali lagi pada hujung minggu ini – tanda kesan kelewatan dalam penghantaran bahan mentah. – Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >