Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

BERITA

Amerika, Saudi, India bincang kemungkinan ada perjanjian laluan rel, pelabuhan

Sep 08, 2023 | 05:35 PM



WASHINGTON: Amerika Syarikat, Arab Saudi, India dan negara-negara lain dilaporkan sedang membincangkan kemungkinan menandatangani perjanjian prasarana yang boleh mengatur semula dan merancakkan perdagangan antara negara di kawasan Teluk dan Asia Selatan.


Langkah itu akan menghubungkan negara-negara Timur Tengah dengan kereta api di samping menyambung ke India melalui pelabuhan, demikian menurut laporan oleh Axios yang memetik pegawai Amerika.


Rundingan itu, yang turut merangkumi Amiriah Arab Bersatu (UAE) dan negara-negara Eropah, mungkin atau mungkin juga tidak membuahkan hasil konkrit tepat pada masanya, untuk diumumkan di luar mesyuarat pemimpin Kumpulan 20 (G20) minggu ini, kata laporan itu.

Presiden Amerika, Encik Joe Biden, sedang dalam perjalanan ke persidangan G20 di New Delhi, India, di mana beliau akan bertemu Perdana Menteri India, Encik Narendra Modi, dan mungkin juga mengadakan perbincangan dengan Putera Mahkota Arab Saudi, Putera Mohammed Bin Salman.

Rancangan untuk perjanjian rangkaian rel itu serta pelabuhan berbilang negara yang meluas, akan diadakan pada masa yang kritikal.

Bagi mengatasi dorongan prasarana sejagat Belt and Road China, Encik Biden telah menawarkan Washington sebagai rakan kongsi alternatif dan pelabur di negara membangun di G20, terutamanya di rantau Indo-Pasifik.


Ia juga timbul sedang pentadbiran Encik Biden meneroka perjanjian diplomatik yang lebih luas di Timur Tengah.

Rundingan mengenai perjanjian prasarana berbilang negara, kali pertama dilaporkan oleh Axios pada Mei.

Di sebalik implikasi diplomatik, para pegawai berkata mereka berharap perjanjian prasarana sedemikian dapat mengurangkan masa penghantaran, kos, penggunaan diesel dan menjadikan perdagangan lebih cepat dan lebih murah.

Dalam masa yang sama, Israel pula mengumumkan akan membina sambungan jajaran rel bernilai AS$27 bilion ($36.83 bilion) yang akan menghubungkan kawasan terpencilnya ke metropolitan Tel Aviv dan, pada masa depan, boleh menyediakan hubungan darat ke Saudi, kata Perdana Menteri, Encik Benjamin Netanyahu, pada Ahad.

Terdapat laporan menyatakan rangkaian tren yang dicadangkan Amerika, Saudi, India dan UAE itu turut meliputi Israel.

Pengumuman itu disusuli lawatan pegawai tinggi Amerika ke Saudi pada Julai lalu untuk memajukan kemungkinan menjalin hubungan formal antara kuasa besar Islam itu dan Israel. 

Pelan itu pada dasarnya adalah kebangkitan semula idea yang dipromosikan selama bertahun-tahun, meskipun hanya terdapat sedikit kemajuan dicapai. 

Pemerintah Israel pada 2010 meluluskan inisiatif berbilion dolar yang sama untuk rangkaian pengangkutan seluruh negara yang tidak mendapat sambutan. 

“Saya ingin menambah bahawa pada masa depan kita juga akan dapat mengangkut kargo melalui kereta api dari Eilat ke Mediterranean kita, dan juga akan dapat menghubungkan Israel dengan kereta api ke Arab Saudi dan semenanjung Arab,” kata Encik Netanyahu dalam satu kenyataan di televisyen. 

Beliau berkata idea itu adalah untuk menyediakan sambungan kereta api berkelajuan tinggi, utara-selatan dalam tempoh 10 tahun akan datang. – Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >