Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Kamala ke sidang puncak Asean, Biden ke sidang G20

Aug 23, 2023 | 05:27 PM



WASHINGTON: Naib Presiden Amerika Syarikat, Cik Kamala Harris akan menghadiri Sidang Puncak Asean di Indonesia yang dijadual berlangsung di Jakarta dari 4 hingga 7 September depan.


Setiausaha Akhbar, Cik Karine Jean-Pierre dalam laman web Rumah Putih berkata bahawa Cik Harris dan pemimpin Asean akan mengkaji semula “perkembangan yang belum pernah berlaku sebelum ini dalam hubungan Amerika Syarikat-Asean” di bawah Pentadbiran Biden dan beliau akan “menegaskan semula komitmen berterusan Amerika Syarikat terhadap Asia Tenggara dan Asean”.

“Sepanjang sidang puncak ini dan penglibatan tambahannya, naib presiden akan memajukan daya usaha untuk mempromosikan kemakmuran dan keselamatan bersama Amerika, termasuk memajukan daya kerja kami mengenai krisis iklim, keselamatan maritim, prasarana, pertumbuhan ekonomi, usaha untuk menegakkan, mengukuhkan peraturan dan norma antarabangsa di rantau ini, serta cabaran serantau dan sejagat yang lain,” kata Cik Jean-Pierre.

Ini merupakan lawatan ketiga Cik Harris ke Asia Tenggara dalam tempoh dua tahun di mana beliau melakukan lawatan ke Singapura dan Vietnam pada Ogos 2021, serta kunjungan ke Thailand dan Filipina pada November 2022.

Bagaimanapun, Presiden Encik Joe Biden tidak akan menghadiri Sidang Puncak Asean.

Ketika ditanya sama ada ketidakhadiran Encik Biden akan mengecewakan rantau berkenaan, Penasihat Keselamatan Negara, Encik Jake Sullivan berkata sebelum ini tiada presiden lain yang amat komited terhadap rantau Indo-Pasifik sebagaimana ditunjukkan oleh Presiden Amerika itu.

Encik Biden, akan berlepas ke India pada September depan untuk menghadiri Sidang Puncak Kumpulan Negara G20. Biden akan ke New Delhi dari 7 hingga 10 September depan, selain dijadual mengadakan pelbagai perbincangan di luar mesyuarat itu.

Agenda perbincangan pada pertemuan dua hala di New Delhi itu akan meliputi pelbagai isu sejagat termasuk usaha menangani perubahan iklim, isu tenaga, serta pengurangan kesan ekonomi dan sosial akibat pencerobohan Russia ke atas Ukraine.

Sidang puncak Ketua Negara dan Kumpulan Negara G20 pula dijadualkan berlangsung di New Delhi pada 9 dan 10 September depan. Kumpulan Negara G20 merangkumi Kesatuan Eropah (EU) dan negara ekonomi utama, termasuk Amerika, China, Russia dan Jerman. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >