Subuh
5:35
Syuruk
6:58
Zuhur
1:05
Asar
4:30
Maghrib
7:10
Isyak
8:24

Amerika sedia serang militan yang cadang tubuh kerajaan di Iraq dan Syria

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Dunia
28
0

Amerika sedia serang militan yang cadang tubuh kerajaan di Iraq dan Syria

Jun 16, 2014 | 11:20 AM

AMERIKA Syarikat bersedia lancar serangan ketenteraan ke atas militan Sunni yang bercadang menubuhkan pemerintahan mereka sendiri di Iraq dan Syria.

Amaran itu disuarakan Presiden Barack Obama, setelah pihak militan itu telah bergerak dari utara Iraq dan kini mengancam Baghdad.

Tentera Kurdi Iraq semalam mengambil kesempatan daripada kekacauan di Iraq bagi menawan hab minyak di Kirkuk sedang askar pemerintah meninggalkan pos masing-masing, hingga mencetuskan kebimbangan sekutu Baghdad di Barat dan jiran Iraq, Iran.

"Saya tidak mahu menolak apa-apa kemungkinan kerana kita mahu memastikan kumpulan militan ini tidak berupaya bertapak di Syria atau Iraq," kata Encik Obama di Rumah Putih apabila ditanya sama ada beliau menimbangkan serangan udara atau tidak.

Para pegawai Amerika semalam menjelaskan bahawa tentera darat tidak akan dihantar ke Iraq.

Presiden Obama sedang mengkaji "semua pilihan" bagi membantu pemimpin Iraq yang mengambil alih apabila Amerika berundur pada 2011. - AFP, REUTERS.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3