Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Amerika utamakan rakyatnya dalam pemindahan keluar Afghanistan

Sep 03, 2021 | 05:30 AM



WASHINGTON: Amerika Syarikat mungkin telah meninggalkan sebahagian besar rakyat Afghanistan yang telah membantunya dalam misi perang selama 20 tahun di negara itu.



Ini selepas negara itu terpaksa mengutamakan pemindahan keluar rakyatnya melalui udara yang berakhir awal minggu ini, kata seorang pegawai kanan Jabatan Negara Amerika Syarikat semalam.



Penerbangan terakhir tentera Amerika dari Kabul pada Isnin lalu menandakan berakhirnya operasi yang menyaksikan lebih 123,000 orang dibawa keluar dari Afghanistan dalam masa kurang dua minggu.



Presiden Amerika, Encik Joe Biden berjanji untuk terus membantu 100 hingga 200 rakyat Amerika yang masih berada di Afghanistan dan ingin keluar, di samping sekumpulan rakyat Afghanistan yang jauh lebih besar, termasuk bekas jurubahasa yang bekerja dengan tentera Amerika.



Ditanya berapa ramai calon pemohon bagi program Visa Imigran Khas (SIV) buat sekutu rakyat Afghanistan dan keluarga mereka yang tinggal di Kabul, seorang pegawai kanan Jabatan Negara mengatakan mereka tidak dapat memberi anggaran.



"Tetapi saya akan mengatakan bahawa ini adalah sebahagian besar daripada mereka berdasarkan maklumat anekdot mengenai penduduk yang dapat kami sokong," kata pegawai itu.



Kira-kira 2,000 pemohon SIV dibawa ke Amerika sebelum penerbangan lebih luas bermula pada pertengahan Ogos.



Usaha awal untuk mengutamakan rakyat Afghanistan untuk dipindah keluar terjejas teruk oleh masalah keselamatan di pintu masuk lapangan terbang Kabul dan kesulitan dalam memastikan kesahihan bukti yang ada pada mereka, kata pegawai itu lagi.



Pegawai Amerika mempunyai kewajipan undang-undang untuk membantu rakyat Amerika yang terperangkap di Kabul dan mengutamakan pemergian mereka, kata pegawai itu.



Kira-kira 5,500 rakyatnya dapat dipindahkan dari Kabul selepas 14 Ogos, menurut Jabatan Negara.



Sementara itu, pemimpin Taleban Afghanistan bersiap sedia untuk membentuk pemerintahan baru sedang ekonomi negara itu hampir musnah, dua minggu setelah kumpulan militan itu menawan Kabul dan mengakhiri perang selama 20 tahun di negara itu.



Pegawai Taleban Ahmadullah Muttaqi mengatakan di media sosial satu upacara sedang dipersiapkan di Istana Presiden di Kabul, sementara penyiar swasta Tolo melaporkan pengumuman mengenai pemerintah baru sudah semakin hampir.



Kumpulan Taleban juga telah berjanji memberi jalan keluar yang selamat dari negara itu kepada semua warga asing atau Afghanistan yang mahu ke negara lain.



Namun dengan lapangan terbang Kabul masih ditutup, banyak yang berusaha melarikan diri menggunakan laluan darat ke negara jiran. - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >