Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Anak kapal pesawat Japan Airlines ambil masa 18 minit selamatkan 367 penumpang

Jan 04, 2024 | 03:44 PM



TOKYO: Anak kapal pesawat jet penumpang Japan Airlines (JAL) mengambil masa 18 minit untuk mengeluarkan kesemua 367 penumpang dari pesawat tersebut dan memastikan mereka dalam keadaan selamat.


Pegawai di syarikat penerbangan kedua terbesar Jepun tersebut pada 3 Januari telah menyatakan bahawa kakitangannya mengikuti prosedur kecemasan seperti yang termaktub dalam buku panduan.

Pesawat itu bertembung dengan pesawat pengawal pantai selepas mendarat di Lapangan Terbang Haneda, Tokyo, pada petang 2 Januari.

Semua kecuali seorang daripada enam orang di dalam pesawat yang lebih kecil itu terbunuh.

Langkah pertama yang diambil adalah mengawal keadaan panik yang mungkin timbul.

Sebaik sahaja pesawat berbadan lebar Airbus A350 itu berhenti, kru kabin menyeru penumpang supaya bertenang apabila api yang marak menyelubungi ruang besar pesawat dan asap cepat masuki ke kabin.

Anak kapal dengan cepat menilai keadaan dengan pemeriksaan visual bahagian luar dan memutuskan yang mana daripada lapan pintu kecemasan selamat untuk digunakan.

Mereka kemudian menggunakan arahan ringkas dan jelas, mengikut latihan yang mereka perolehi seperti “tinggalkan bagasi anda” dan “bukan pintu ini”, kata pegawai.

Beberapa penumpang yang ditemu bual di lapangan terbang memuji gerakan pemindahan yang pantas bagi menyelamatkan nyawa mereka.

“Saya mendengar letupan kira-kira 10 minit selepas semua orang dan saya turun dari pesawat,” kata Encik Tsubasa Sawada, 28 tahun.

“Saya hanya boleh mengatakan ia adalah satu keajaiban, kita boleh mati jika kita terlambat,” tambah beliau.

Juruterbang pesawat JAL yang terbakar sejurus sahaja semua penumpang dan anak kapal menyelamatkan diri pada mulanya tidak menyedari pesawat itu terbakar, menurut butiran baru yang dilaporkan, pada 4 Disember.

Rakaman oleh penumpang menunjukkan bola api meletus dari pesawat sebelum ia terhenti, dengan api mula merebak dari bawah pesawat.

Bagaimanapun, menurut penyiar kebangsaan NHK, juruterbang JAL di kokpit tidak tahu mengenai kebakaran itu sebelum dimaklumkan oleh kru kabin.


Daripada sembilan pramugari di dalam pesawat, ketua melaporkan kepada kokpit bahawa pesawat itu terbakar kerana kru kabin memerlukan kebenaran untuk membuka pintu keluar kecemasan, lapor NHK.


Rakaman menunjukkan kabin itu dipenuhi asap dan semakin panas, dengan bayi menangis dan orang ramai merayu agar pintu dibuka.

Dalam satu klip video, kedengaran suara muda menjerit: “Tolong lepaskan kami. Tolonglah. Tolong buka. Buka sahaja. Oh Tuhan.”

Terdapat lapan pintu keluar kecemasan tetapi pemindahan bermula dari dua gelungsur di hadapan pesawat kerana kebakaran.

Hanya satu lagi pintu keluar di bahagian kiri belakang selamat daripada kebakaran, tetapi sistem interkom tidak lagi berfungsi, jadi kokpit tidak dapat memberi kebenaran, kata JAL.

“Bau asap di udara,dan pintu tidak dibuka. Jadi saya rasa semua orang panik,” kata seorang wanita kepada pemberita di lapangan terbang.

“Sejujurnya, saya fikir kami tidak akan bertahan. Jadi saya menghantar mesej kepada keluarga dan rakan-rakan saya untuk mengatakan bahawa pesawat saya terbakar, sekarang,” seorang wanita lain memberitahu penyiar NHK.


“Penumpang nampaknya telah mengikuti arahan mengikut buku teks,” kata Encik Terence Fan, pakar industri penerbangan dari Universiti Pengurusan Singapura kepada AFP.


Mereka yang berada di dalam pesawat turut dipuji kerana meninggalkan beg kabin mereka.

JAL pada 4 Januari menjangkakan perlanggaran penerbangannya, JL516 dengan pesawat Pengawal Pantai Jepun mengakibatkan kerugian operasi kira-kira 15 bilion yen ($139 juta).

JAL berkata kemusnahan pesawat yang terbakar itu akan dilindungi oleh insurans, sambil menambah kesan kerugian itu dinilai ke atas unjuran pendapatannya bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac.

Sumber industri insurans berkata syarikat insurans AS AIG adalah penanggung insurans utama pada polisi ‘semua risiko’ bernilai AS$130 juta untuk pesawat JAL Airbus A350 berusia dua tahun itu, selepas ia musnah terbakar susulan kejadian perlanggaran yang berlaku di lapangan terbang Haneda, Tokyo.


Ia kemusnahan pertama untuk model A350 di seluruh dunia, menurut Rangkaian Keselamatan Penerbangan.

Protokol kecemasan menetapkan bahawa anak kapal mesti mendapat kebenaran daripada kokpit untuk membuka sebarang pintu keluar kecemasan.


Kapten berdiri berhampiran dua pintu keluar keselamatan di hadapan dan memberi kebenaran untuk mereka keluar.


Tetapi pintu keluar ketiga di belakang tidak dapat dibuka kerana pengumuman awam dan sistem interkom tidak lagi berfungsi.


Kru kabin kemudian membuat keputusan yang tepat untuk membuka pintu, membenarkan penumpang meluncur ke bawah melalui gelongsor, kata JAL.


Semua atendan kabin dilatih setahun setahun, mengenai prosedur pemindahan, mensimulasikan pelbagai senario seperti apa yang perlu dilakukan apabila mereka tidak dapat berkomunikasi dengan kokpit, kata pegawai.


Selepas memastikan semua penumpang telah menggelongsor keluar dengan selamat, anak kapal dan juruterbang menyelesaikan pemindahan pada 6.05 petang (waktu tempatan) atau 18 minit selepas mendarat.


Pegawai JAL tidak tahu berapa lama proses itu berjalan, dari masa pesawat itu berhenti sepenuhnya.


Nahas itu merupakan kemalangan penting pertama yang melibatkan Airbus A350, jet jarak jauh utama Eropah, dalam perkhidmatan sejak 2015.


Ia juga merupakan kali pertama pesawat penumpang yang dibina terutamanya daripada komposit karbon ringan, telah terbakar sepenuhnya.


Pesawat A350-900 telah diakui, dengan muatan penuh penumpang seramai 440 orang boleh dipindahkan dengan selamat dalam masa 90 saat, hanya menggunakan separuh daripada pintu keluar keselamatan.


Pakar keselamatan berkata temu bual dengan penumpang akan diperiksa di seluruh dunia, untuk membantu membentuk prosedur pemindahan masa depan.


“Kru kabin JAL patut dipuji kerana gerakan pemindahan menurut peraturan yang ditetapkan,” kata jurucakap Airbus.


Pegawai JAL berkata anak kapal dalam penerbangan 516, dari berhampiran bandar Sapporo di utara Jepun ke lapangan terbang Haneda di Tokyo, telah mengikuti prosedur yang sesuai.


Mereka juga memuji para penumpang kerana keluar dengan teratur dari penerbangan penuh penumpang, termasuk lapan kanak-kanak prasekolah.


Agensi keselamatan penerbangan telah memberi amaran selama bertahun-tahun bahawa berhenti seketika untuk mengambil bagasi yang dibawa ke dalam pesawat, boleh membahayakan nyawa semasa pemindahan.


“Saya pasti anda semua mempunyai pengalaman dalam penerbangan, apabila diminta untuk tidak mengambil barang bawaan anda sekiranya berlaku pemindahan kecemasan,” kata Cik Noriyuki Aoki, naib presiden kanan ehwal am, dalam taklimat kepada pemberita.


“Ini dipatuhi hingga ke akhirnya, termasuk dengan kerjasama penumpang dan kami percaya ia membantu melancarkan operasi pemindahan.” – Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >