Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Anak lelaki Duterte minta Marcos Jr berundur

Perpecahan dilihat makin mendalam dalam keluarga berkuasa di Filipina Marcos Jr - Duterte
Jan 29, 2024 | 02:26 PM



MANILA: Anak lelaki bekas pemimpin Filipina Encik Rodrigo Duterte, menggesa Presiden Ferdinand Marcos Jr supaya meletak jawatan dan menggelarnya sebagai ‘malas’ dan tidak mempunyai rasa belas kasihan.


Ini sedang penyokong Presiden Filipina, Ferdinand Marcos Jr dan dan bekas Presiden, Rodrigo Duterte masing-masing dijadual mengadakan perhimpunan saingan pada 29 Januari.

Perbalahan antara dua keluarga berpengaruh dalam politik Filipina itu, semakin ketara kebelakangan ini. Ia diadakan ketika saingan mengenai Perlembagaan negara, menonjolkan perpecahan semakin mendalam antara dua keluarga berkuasa itu.

Encik Marcos, yang bekerjasama dengan anak perempuan Encik Duterte, Cik Sara, menjadikannya naib presidennya, apabila mereka menang dalam pilihan raya 2022.

Anak perempuan Encik Duterte, Cik Sara mendakwa ‘pasukan Unity’ mengalami perpecahan selepas hampir dua tahun Marcos dikalahkan melalui sokongan naib presidennya.

Hubungan dua keluarga itu merosot seiring usaha mereka untuk mengukuhkan sokongan masing-masing dan memastikan kedudukan menjelang pilihan raya separuh penggal tahun depan dan perlumbaan presiden pada 2028 dengan Sara dijangka bertanding.

Tetapi keretakan dalam pakatan dua keluarga itu menonjol, apabila Encik Marcos dikatakan menyimpang daripada dasar-dasar anti-dadah dan dasar luar negara presiden Duterte.

Encik Sebastian Duterte, yang merupakan datuk bandar Davao, bandar raya ketiga paling ramai penduduk di Filipina, berkata terdapat kebangkitan semula dalam jenayah selepas kempen garis keras bapanya, dilonggarkan.

Bercakap dalam sebuah forum kepimpinan baru-baru ini, Encik Sebastian menuduh Presiden Marcos, bertindak membahayakan warga Filipina.

Beliau mendakwa Presiden Marcos telah membenarkan Amerika Syarikat masuk ke Filipina dan meluaskan akses mereka ke pangkalan tentera Amerika, termasuk beberapa pihak yang rapat dengan Taiwan.

Bekas presiden Duterte, telah menjalin hubungan yang lebih erat dengan China.

Encik Sebastian juga menentang keputusan Encik Marcos untuk memulakan semula rundingan damai dengan pemberontak komunis.

Beliau berkata, Encik Marcos tidak tahu apa-apa tentang penderitaan penduduk yang tinggal di kawasan yang pernah menjadi kubu pemberontak.

“Anda malas dan anda tidak mempunyai belas kasihan. Itulah sebabnya kami tidak berpuas hati,” katanya, seperti yang dilaporkan oleh agensi berita Reuters.

Beliau berkata demikian sejurus sebelum Encik Marcos naik ke pentas di perhimpunan di Manila bagi menyokong kempen “Filipina Baru“, di mana beliau berikrar meningkatkan perkhidmatan pemerintah dan ketelusan belanjawan.

Menerusi perkembangan terkini, Encik Marcos menyokong kempen meminda Perlembagaan 1987, diperkenalkan selepas bapanya digulingkan bagi membolehkan lebih banyak pelaburan asing masuk.

Pengkritik memberi amaran, usaha itu boleh membuka jalan bagi Marcos mendapatkan tempoh enam tahun lagi, iaitu sesuatu yang kini dilarang. Ia sekali gus berpotensi meletakkan Encik Marcos sebagai pesaing kepada Cik Sara. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >