Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Ancaman bom palsu di Mid Valley JB: Pengunjung S’pura lapor suasana kecoh, keliru apabila diarah keluar

Oct 15, 2023 | 07:27 PM



Suasana di sebuah pusat beli-belah yang terkenal di Johor Bahru pada Sabtu menjadi kecoh apabila pengunjung diminta pindah keluar dengan serta-merta.

Pusat beli-belah Mid Valley Southkey yang terletak di Persiaran Southkey 1, memang tidak asing lagi bagi pengunjung dari Singapura, jadi tidak hairanlah beberapa warga Singapura turut terjejas.

Seorang warga negara Singapura yang berada di tempat kejadian itu berkata sewaktu kejadian, beliau dan tunangnya terpinga-pinga kerana tidak diberitahu apa yang sedang terjadi.

“Kami dengar bunyi penggera kebakaran dalam 6.30 petang tetapi masih ramai yang berjalan seperti biasa. Kami sangkakan bunyi itu dari sebuah kedai, mungkin kerana ada yang cuba keluar tanpa membayar. Kami sendiri sambung berjalan dan sedang menuju ke tingkat atas mall itu…” terang Encik Muhammad Murtadha, 31 tahun seorang Pengarah Jualan Bersekutu.


Tambahnya lagi: “Kami ingin tahu, tapi langsung tidak tahu menahu apa yang sedang terjadi. Ada juga kedengaran pengumuman melalui sistem PA, tetapi kurang jelas.

“Saya sangkakan mungkin ini satu latihan kebakaran. Kemudian kami melihat ada beberapa orang sedang mengerahkan kami untuk keluar – tapi tidak ada yang beritahu keluar ke arah mana? Ini yang membuat kami bertambah keliru. Kami hanya mengikut hala orang ramai…”

Encik Muhammad juga cuba menanyakan apa yang sedang berlaku kepada pihak berkuasa yang bekerja di situ, tetapi mereka enggan menjawabnya dan hanya berkata “Minta maaf, kami tidak dapat beritahu…”

Kata Encik Muhammad, kelihatan ada pengunjung yang menuju ke tempat letak kereta, tetapi untuk mereka yang tidak berkenderaan, mereka didapati terperangkap dan tidak ada jalan untuk keluar dari kawasan itu, kerana kenderaan lain tidak dapat masuk ke daerah itu.

“Kami terpaksa berjalan kaki selama 20 minit lebih kurang untuk cuba mendapatkan perkhidmatan kereta sewa untuk keluar dari tempat itu,” kata Encik Muhammad lagi.

Seorang lagi warga Singapura, Encik Salehudin Suradi, 42 tahun yang berada di Mid Valley Southkey bersama isteri dan anak lelakinya, 12 tahun berkata beliau sudah ada di sana sejak jam satu tengah hari semalam. Kata beliau, pihak berkuasa memberi arahan untuk pengunjung berkumpul di kawasan tempat letak kereta terbuka.

“Saya hanya dapat tahu tentang ancaman bom itu setelah berada di kawasan terbuka itu. Saya tidak dibenarkan mengambil kereta saya dalam mall, hinggalah 11 malam.”


Selain itu, Encik Salehudin juga risau kerana tidak ada tatacara pengendalian piawaian untuk menangani isu semalam, membuat ramai pengunjung keliru.

“Ramai orang tua, terutama yang berkerusi roda, perlukan pertolongan juga kerana mereka memerlukan masa yang agak lama untuk bergerak,” terang Encik Salehudin yang berkata beliau tidak akan ke mall itu buat masa terdekat ini lagi.


Menurut kenyataan media dari jurucakap untuk Mid Valley Southkey, Edelman Malaysia, kira-kira 6.30 petang pada Sabtu 14 Oktober, pengunjung diberi perintah untuk berpindah keluar sebagai tindak balas kepada laporan ancaman keselamatan melalui sebuah panggilan telefon.

Pihak berkuasa iaitu Polis Diraja Malaysia dan Pasukan Bomba tiba di tempat laporan dengan segera dan telah melakukan siasatan menyeluruh di kawasan yang terjejas dan tidak menemui sebarang bukti berkaitan ancaman.

Susulan penilaian menyeluruh, Ketua Polis Daerah Johor (OCPD) telah mengisytiharkan premis selamat untuk penyewa, pekerja, tetamu dan pembeli kembali pada 12.15 pagi 15 Oktober 2023.

BH menghubungi jurucakap Edelman yang berkata kejadian ini tidak pernah berlaku sebelum ini :

“Mid Valley Southkey mempunyai rekod prestasi yang kukuh dalam memastikan keselamatan dan keselamatan pembeli, tetamu, penyewa, pekerja dan komuniti kami.

“Walaupun panggilan berhubung ancaman keselamatan itu ternyata satu penipuan, kami gembira kerana dapat bertindak pantas untuk menguruskan pemindahan selamat dan lancar sebagai tindak balas kepada arahan pihak berkuasa tempatan.”

Tambah jurucakap itu lagi:

“Pembeli dan tetamu dimaklumkan mengenai pemindahan itu sebagai langkah proaktif yang dimulakan oleh pihak berkuasa. Keselamatan dan kesejahteraan semua orang di premis kami adalah keutamaan kami.

“Kami memastikan proses pemindahan berjalan lancar dan teratur, berpandukan arahan daripada pihak berkuasa. Sebarang maklumat awal yang diberikan mengenai jenis pemindahan adalah selaras dengan maklumat yang ada pada masa itu dan keperluan untuk mengutamakan keselamatan.”

Mid Valley Southkey telah beroperasi seperti biasa pada Ahad.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >