Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Angka kematian taufan Mocha meningkat kepada 81 di Myanmar

May 18, 2023 | 05:30 AM



BU MA (Myanmar): Jumlah korban taufan Mocha di Myanmar yang membadai beberapa penempatan meningkat kepada sekurang-kurangnya 81 mangsa pada Selasa.



Angka itu dilaporkan pemimpin, pegawai dan media tempatan, sedang penduduk kampung terjejas masih menunggu bantuan dan sokongan.



Mocha dilaporkan mula membadai beberapa kawasan di negara itu Ahad lalu, dengan angin hingga 195 kilometer sejam, menumbangkan tiang elektrik dan memusnahkan bot nelayan.



Sekurang-kurangnya 46 orang maut di kampung Bu Ma dan Khaung Doke Kardi, yang didiami kaum minoriti Rohingya, di negeri Rakhine, menurut ketua kampung Bu Ma.



"Kami khuatir lebih ramai lagi maut kerana kira-kira 100 penduduk dikesan hilang," katanya.



Sementara itu, menurut stesen televisyen tempatan MRTV, 13 orang terbunuh apabila sebuah biara runtuh di sebuah kampung dekat bandar Rathedaung di utara ibu kota Rakhine, Sittwe.



Menurutnya, seorang wanita pula maut apabila sebuah bangunan runtuh di sebuah kampung berhampiran.



Pejabat Pesuruhjaya Tinggi PBB bagi Pelarian (UNHCR) pula memaklumkan ia sedang menyiasat laporan bahawa warga Rohingya di kem pelarian terbunuh akibat taufan itu.



"UNHCR menzahirkan kesedihan terhadap laporan kematian di kem pelarian di Rakhine akibat taufan Mocha," katanya.



Rakaman media tempatan menunjukkan anggota tentera sedang mengeluarkan barang bantuan dari pesawat di lapangan terbang Sittwe, namun penduduk kampung warga Rohingya mendakwa mereka belum menerima sebarang bantuan.



"Tiada pemerintah, pertubuhan datang ke kampung kami. Sudah dua hari kami tak makan… tak ada sesiapa pun yang datang bertanya," kata penduduk kampung Bu Ma, Encik Kyaw Swar Win, 38 tahun. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >