Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Angka korban gempa bumi Jepun meningkat

Jan 02, 2024 | 05:26 PM



TOKYO: Sekurang-kurangnya 48 orang terbunuh selepas gempa bumi kuat melanda Jepun pada Hari Tahun Baru, dengan pasukan penyelamat pada 2 Januari menghadapi kesulitan untuk sampai ke kawasan terpencil, di mana bangunan telah runtuh, jalan raya rosak dan bekalan elektrik terputus ke atas puluhan ribu rumah.


Gempa bumi dengan magnitud awal 7.6 melanda pada tengah hari pada 1 Januari mendorong penduduk di beberapa kawasan pantai melarikan diri ke kawasan lebih tinggi, apabila ombak tsunami melanda pantai barat Jepun, menghanyutkan beberapa buah kereta dan rumah ke dalam laut.

Seramai 3,000 anggota pasukan penyelamat, yang terdiri daripada anggota tentera, bomba dan pegawai polis dari seluruh negara, telah dikerahkan ke lokasi gempa di semenanjung Noto, di wilayah Ishikawa.

“Mencari dan menyelamat mereka yang terjejas akibat gempa, adalah perjuangan melawan masa,” kata Perdana Menteri, Encik Fumio Kishida, semasa mesyuarat tergempar bencana pada 2 Januari.

Beliau memakai pakaian biru, yang biasa dipakai oleh pegawai penyelamat, semasa operasi bantuan bencana.


Encik Kishida berkata pasukan penyelamat mendapati sukar untuk sampai ke hujung utara semenanjung Noto kerana jalan raya yang rosak.


Sementara itu, satu kenyataan Kementerian Ehwal Luar Singapura (MFA) pada 2 Januari melahirkan takziah oleh pemerintah Singapura kepada Jepun serta keluarga mereka yang terjejas dek gempa di Ishikawa.

Dalam kenyataan itu, MFA menyatakan ia telah menghubungi warga Singapura yang berdaftar secara elektronik di wilayah yang terjejas akibat gempa itu termasuk di Ishikawa, Niigata, Toyama dan Yamagata.

“Pada masa ini tiada laporan akan sebarang warga Singapura yang terjejas. Berdasarkan kemungkinan akan berlaku gegaran susulan, warga Singapura dinasihatkan agar menunda perjalanan mereka ke daerah yang terjejas, kekal berjaga-jaga, ambil semua pencegahan yang perlu bagi keselamatan peribadi mereka dan patuhi arahan pihak berkuasa setempat,” kata kenyataan itu.

Warga Singapura yang berada atau akan melancong ke Jepun digalakkan agar mendaftar secara elektronik dengan MFA di laman https://eregister.mfa.gov.sg dan membeli insurans perjalanan yang menyeluruh sekiranya belum berbuat demikian.

Warga Singapura yang berada di Jepun yang memerlukan bantuan konsular boleh menghubungi Kedutaan Singapura di Tokyo, atau hubungi talian Pejabat Bertugas MFA di 5-12-3-Roppongi, Minato-ku, Tokyo 106-0032; telefon: +81-3-3586-9111 / +81-3-3586-9112; telefon kecemasan: +81-90-5949-6366, +81-90-5258-3252; emel: singemb_tyo@mfa.sg; telefon Pejabat Bertugas MFA: 6379-8800 / 8855 (Talian 24-jam) atau emel mfa_duty_officer@mfa.gov.sg.

Tinjauan helikopter telah menemui banyak kebakaran dan kerosakan yang meluas kepada bangunan dan infrastruktur.


Terdapat kira-kira 120 kes orang menunggu untuk diselamatkan, kata jurucakap kerajaan.


Banyak perkhidmatan kereta api dan penerbangan ke kawasan itu telah digantung.


Lapangan terbang Noto ditutup kerana kerosakan pada landasan, terminal dan jalan masuknya, dengan 500 orang terkandas di dalam kenderaan di tempat letak keretanya, lapor penyiar awam NHK.


Di Suzu, sebuah bandar pesisir pantai dengan lebih 5,000 penduduk berhampiran pusat gempa, mungkin terdapat sehingga 1,000 rumah musnah, menurut datuk bandarnya, Encik Masuhiro Izumiya.

“Keadaan ini adalah malapetaka,” katanya.


Pihak berkuasa telah mengesahkan, 48 kematian setakat ini, semuanya di wilayah Ishikawa, lapor NHK.


Kebanyakan mereka berada di Wajima, sebuah lagi bandar yang dilanda teruk di hujung utara terpencil semenanjung Noto.

Lebih ramai lagi cedera, dan pihak berkuasa sedang memerangi kebakaran di beberapa bandar pada 2 Januari dan memindahkan orang dari bangunan runtuh.

“Saya tidak pernah mengalami gempa sekuat itu,” kata penduduk Wajima, Encik Shoichi Kobayashi, 71 tahun, yang berada di rumah untuk mengadakan majlis makan malam perayaan Tahun Baru bersama isteri dan anak lelakinya, ketika gempa itu melanda.

“Malah gegaran susulan menyukarkan untuk berdiri tegak,” katanya sambil menambah keluarganya tidur di dalam kereta mereka kerana takut pulang ke rumah yang bergegar.

Lebih 140 gegaran telah dikesan, sejak gempa pertama melanda pada 1 Januari, menurut Agensi Meteorologi Jepun.

Agensi itu turut memberi amaran bahawa lebih banyak kejutan kuat boleh melanda dalam beberapa hari akan datang.

Cik Nobuko Sugimori, seorang penduduk berusia 74 tahun di bandar Nanao di Ishikawa, memberitahu Reuters, beliau tidak pernah mengalami gempa seperti itu sebelum ini.


“Saya cuba memegang set TV untuk mengelakkannya daripada terhempas, tetapi saya tidak dapat menahan diri saya daripada bergoyang dengan kuat ke kiri dan ke kanan,” katanya.


Di seberang jalan, sebuah kereta remuk ditimpa bangunan yang runtuh.


Cik Fujiko Ueno, 73 tahun, pula berkata hampir 20 orang berada di rumahnya untuk sambutan Tahun Baru, apabila gempa itu melanda, tetapi mujurlah kesemuanya tidak cedera.


Beberapa pemimpin dunia menghantar ucapan takziah, dengan Presiden Joe Biden berkata dalam satu kenyataan, bahawa Amerika Syarikat bersedia memberi sebarang bantuan yang diperlukan kepada Jepun.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >