Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Angka korban gempa di Afghanistan dijangka lebihi 2,500 manakala 11,000 terjejas

Oct 09, 2023 | 03:38 PM



KABUL: Pasukan kecemasan di Afghanistan bertungkus-lumus menyelamatkan para penduduk yang terperangkap dalam runtuhan akibat gempa bumi kuat melanda barat negara itu.


Lebih 1,000 orang dikhuatiri maut selepas gempa bumi berukuran 6.3 magnitud melanda wilayah Herat pada Sabtu. Namun, pihak berkuasa Afghanistan mengatakan angka kematian melebihi 2,500 korban, menurut media Afghanistan tempatan.

Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (OCHA) menganggarkan lebih 11,000 orang terjejas akibat beberapa siri gempa bumi di wilayah Herat.

Dengan komunikasi terputus dan banyak jalan terhalang, pekerja penyelamat bergelut untuk sampai ke kawasan terpencil.

Beratus-ratus juga telah cedera. OCHA dan badan-badan antarabangsa telah mula bergegas mendapatkan bekalan kecemasan untuk membantu penduduk yang terjejas.

Gempa bumi melanda sekitar 40 kilometer dari bandar Herat pada kira-kira 11:00 pagi waktu tempatan pada Sabtu.

Penduduk yang paling teruk terjejas ialah mereka yang menghuni struktur rumah yang diperbuat daripada lumpur.

“Dalam gegaran pertama, semua rumah runtuh,” kata seorang penduduk, Encik Bashir Ahmad, yang tinggal bersama keluarganya di salah sebuah kampung.

“Mereka yang meninggal dunia ketika berada di dalam rumah yang runtuh telah dikebumikan,” tambahnya.

“Ada keluarga yang kami tidak dengar khabar berita,” katanya lagi.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata sekurang-kurangnya 465 rumah telah runtuh menyembah bumi.

Para pemandu kenderaan dilihat memasukkan wang ke dalam kotak derma untuk membantu mangsa gempa bumi di Kandahar, Afghanistan.

Kotak-kotak derma untuk mangsa gempa bumi telah disediakan di bandar-bandar di Afghanistan.

Penduduk kampung telah menggunakan penyodok dan tangan mereka untuk menarik keluar mangsa yang terselamat dalam runtuhan.

Dengan rumah mereka musnah, ramai penduduk sedang bersiap sedia untuk tidur di tempat terbuka untuk malam kedua.

Angka kematian sebenar masih belum dipastikan tetapi pejabat hal ehwal kemanusiaan PBB di Afghanistan berkata lebih 1,000 orang telah terbunuh manakala kira-kira 500 masih hilang.

Terdahulu pada Ahad, pemerintah Taliban berkata 2,000 orang sama ada telah terkorban atau cedera.

Di negara yang mempunyai kemudahan perubatan yang sangat tidak mencukupi, hospital sedang bergelut untuk merawat mereka yang cedera.

“Untuk rawatan mangsa kejadian kami melakukan yang terbaik,” kata jurucakap kementerian pengurusan bencana kepada pemberita di Kabul.

“Operasi mencari di lokasi di kawasan terjejas sedang dijalankan,” katanya.

Herat terletak 120 kilometer dari timur sempadan Iran dan dianggap sebagai ibu kota kebudayaan Afghanistan. Dianggarkan 1.9 juta orang dipercayai tinggal di wilayah itu.

Pada Jun tahun lalu, wilayah Paktika dilanda gempa bumi berukuran 5.9 magnitud yang mengorbankan lebih 1,000 orang dan menyebabkan puluhan ribu kehilangan tempat tinggal. – AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >