Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Angkara berang anak hamil, ayah di Indonesia cabul anak kandung berusia 12 tahun

Feb 5, 2024 | 7:14 PM
Seorang lelaki warga Indonesia berusia 41 tahun ditahan pihak berkuasa tempatan setelah didakwa mencabul anak kandung perempuan berusia 12 tahun yang sarat mengandung pada 23 Januari.
Seorang lelaki warga Indonesia berusia 41 tahun ditahan pihak berkuasa tempatan setelah didakwa mencabul anak kandung perempuan berusia 12 tahun yang sarat mengandung pada 23 Januari. - Foto fail

BANJARMASIN: Seorang lelaki warga Indonesia berusia 41 tahun ditahan pihak berkuasa tempatan setelah didakwa mencabul anak kandung perempuannya yang sarat mengandung.

Menurut laporan media tempatan, kejadian tersebut berlaku ketika suspek dan anak perempuannya yang berusia 12 tahun itu berada di rumah bersama-sama pada 23 Januari, sebelah malam.

Suspek dikatakan melakukan tindakan itu kerana berang anaknya, yang ketika itu sarat mengandung selama tujuh bulan, tidak menceritakan bagaimana atau siapa yang membuatnya hamil.

Selepas kejadian itu, mangsa meninggalkan rumahnya untuk menginap di rumah nenek. Di sana, mangsa membongkar apa yang berlaku antara dia dan ayahnya kepada nenek.

Setelah mengetahui hal tersebut, nenek mangsa memaklumkannya kepada ibu lalu pihak keluarga membuat laporan kepada polis Daerah Kalsel.

Dalam satu kenyataan pada 1 Februari, Ketua polis Daerah Kalsel, Kombes Erick Frendriz, berkata siasatan terhadap kes ini masih sedang dijalankan.

Beliau berkata: “Suspek kesal dan berang kerana sang anak tidak mahu menceritakan apa yang terjadi pada diri anak. Dia menanyakan siapa yang melakukan hal tidak senonoh sedemikian kepada anaknya sehingga hamil 7 bulan.”

Jika disabit kesalahan, suspek boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 15 tahun. – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg