Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Penjara 654 tahun nanti bapa rogol, cabul 3 anak kandung

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Penjara 654 tahun nanti bapa rogol, cabul 3 anak kandung

Nov 08, 2023 | 05:56 PM



MUAR: Entah apa gelaran yang wajar diberi buat seorang bapa yang didakwa atas 34 tuduhan merogol dan mencabul tiga anak kandungnya hingga seorang daripada mereka hamil tujuh bulan.


Lelaki berusia 41 tahun itu dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Muar, Johor, pada Rabu atas tuduhan rogol dan cabul anak kandungnya, bagaimanapun hanya mengaku salah terhadap 27 tuduhan.

Buruh ladang itu tidak mengaku bersalah terhadap tujuh lagi tuduhan, selepas semua 34 tuduhan kes itu dibacakan satu persatu di hadapan Hakim Irwan Suainbon.

Berdasarkan pengakuan bersalah tertuduh bagi 27 pertuduhan itu, dia boleh dikenakan penjara maksimum 654 tahun dan sebatan 150 kali, lapor Berita Harian Malaysia.


Mengikut fakta kes, tertuduh berdepan 20 tuduhan mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan dan Seksyen 16 (1) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 iaitu merogol dua anak kandungnya yang kini berusia 17 dan 18 tahun.

Selain itu, tertuduh turut berdepan 10 tuduhan mengikut Seksyen 14 (b) yang dibaca bersama Seksyen 16 (1) akta sama dan satu tuduhan bagi Seksyen 14 (a), manakala baki tiga lagi tuduhan mengikut Seksyen 377D kanun sama.

Mengikut tuduhan, tertuduh didakwa merogol dua anaknya sejak mereka berusia sembilan dan 10 tahun di enam lokasi berasingan di Muar.

Kejadian rogol dan cabul membabitkan anak keduanya yang kini hamil tujuh bulan mula berlaku pada 2012 ketika mangsa berusia lapan tahun dan ia berlarutan sehingga Jun 2023.

Anak sulung tertuduh pula dirogol dan dicabul ketika mangsa berusia 10 tahun sejak 2015 dan kali terakhir pada 15 Disember 2022.

Seorang lagi anaknya yang kini berusia 12 tahun pula dicabul ketika berusia enam tahun dengan kejadian terakhir berlaku pada Oktober 2023.

Semua kejadian itu berlaku di enam lokasi berasingan memandangkan tertuduh dan ahli keluarganya kerap berpindah.

Bagi kesalahan mengikut Seksyen 376 (3) tertuduh boleh dihukum penjara sehingga 30 tahun serta 10 sebatan bagi setiap pertuduhan dan juga tambahan hukuman bagi Seksyen 16 akta sama, penjara lima tahun dan juga dua sebatan.

Di bawah Seksyen 14 (a) dan 14 (b), pesalah boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan juga sebatan serta tambahan hukuman Seksyen 16 (1), penjara lima tahun serta dua sebatan sementara Seksyen 377D penjara sehingga dua tahun.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >