Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Angkasawan UAE kembali ke bumi selepas 6 bulan di stesen angkasa

Sep 05, 2023 | 02:50 PM



FLORIDA: Angkasawan Amiriah Arab Bersatu (UAE) Sultan Al Neyadi mencatatkan kejayaan besar untuk sektor angkasa negaranya apabila beliau selamat kembali ke bumi pada Isnin selepas menyertai misi selama enam bulan di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS).


Encik Al Neyadi kembali ke bumi pada 8.17 pagi waktu UAE dengan kapsul SpaceX Dragon, bersama tiga angkasawan – dua warga Amerika Syarikat dan seorang warga Russia termasuk Stephen Bowen, Warren Hoburg dan angkasawan Roscosmos Andrey Fedyaev di luar pantai Jacksonville, Florida, Amerika Syarikat.

Dari situ, mereka terbang ke Pusat Angkasa Johnson kelolaan Pentadbiran Penerbangan dan Angkasa Lepas Kebangsaan (Nasa) di Houston.

“Selepas menghabiskan enam bulan di ISS, mencatatkan perjalanan hampir 79 juta batu (128 juta kilometer) dan menyelesaikan beratus-ratus eksperimen saintifik untuk manfaat semua manusia, SpaceX Crew 6 telah pulang ke planet bumi,” kata Nasa.

Pegawai pentadbir Encik Bill Nelson dalam satu kenyataan berkata: “Kru antarabangsa ini mewakili tiga negara, tetapi mereka menunjukkan cita-cita bersama manusia untuk mencapai pantai baru kosmik.

“Sumbangan Crew-6 akan membantu menyediakan Nasa untuk kembali ke bulan, meneruskan perjalanan ke Marik dan memperbaiki kehidupan di bumi.”

Sebagai orang pertama dari dunia Arab yang menghabiskan masa agak lama di orbit, perjalanan bersejarah Al Neyadi menyaksikan beliau menghabiskan 184 hari di stesen angkasa dan melengkapkan 2,976 orbit mengelilingi bumi.

Misi penerokaan angkasa lepas UAE itu tentunya menawan hati dan imaginasi berjuta-juta orang Arab di seluruh dunia.

Bagi UAE, perjalanan Al Neyadi menandakan peristiwa penting dalam pelaburan negara dalam sektor angkasa lepas, yang telah melepasi paras AED22 bilion ($82 bilion), menurut agensi berita negara itu.

Belanja tersebut antara lain meliputi sistem komunikasi satelit, penerokaan bumi dan angkasa lepas, perkhidmatan penghantaran data, penyiaran satelit, dan komunikasi satelit mudah alih

Ekonomi angkasa UAE, yang merupakan sebahagian daripada pelan strategik negara dalam tempoh 50 tahun akan datang, merangkumi perlombongan angkasa lepas, stesen angkasa, syarikat angkasa, kelestarian dan kitar semula dalam ruang, penempatan, pelancongan angkasa lepas, pengilangan dan akademi angkasa.

Sokongan sektor awam dan swasta untuk program angkasa UAE telah melebihi AS$5.4 bilion.

UAE turut meraikan angkasawannya itu dengan Presiden UAE Encik Mohamed bin Zayed menulis dalam Twitter yang kini dikenali sebagi X dengan berkata:

“Sultan Al Neyadi, rakyat UAE amat berbangga dengan anda dan seluruh pasukan kerana mencapai kemajuan besar dalam penerokaan angkasa lepas.” – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >