Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Pencapaian 17 tahun UAE dalam bidang kosmik

Aug 28, 2023 | 06:00 AM



2006-2018 – Pusat angkasa ditubuh dan satelit pantau alam sekitar dilancar

Pusat Angkasa Mohammad Bin Rashid (MBRSC) ditubuhkan pada 2006 dengan hanya lima jurutera yang berazam untuk membangunkan keupayaan dan memperluas pengetahuan dalam bidang angkasa.

Satelit pertama, DubaiSat-1, berjaya mencapai orbit pada 2009. Satelit itu dibina di Korea Selatan. Sembilan tahun kemudian iaitu pada 2018, MBRSC berjaya membina KhalifaSat, – satelit yang memantau gas rumah hijau, serta satelit pertama yang dibina sepenuhnya di UAE.

September 2019 – Warga UAE sebagai Arab pertama sampai ke ISS

Seorang warga mencipta sejarah sebagai orang Arab pertama sampai ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS), selepas ia dilancarkan dari Kazakhstan.

Pesawat angkasa Russia yang membawa Encik Hazzaa al-Mansoori dari UAE, yang diiringi Encik Oleg Skripochka dari Russia dan angkasawan Nasa, Cik Jessica Meir, berlabuh selepas penerbangan selama enam jam.

Julai 2020 – Lancar misi ke Marikh dari Jepun

Kepulauan Osumi menjadi saksi kepada sejarah yang tercipta apabila kapal angkasa penjelajah, Hope milik UAE dilancarkan ke Marikh menjadikan UAE sebagai negara Arab pertama yang melakukan misi jelajah antara planet ini.

Misi itu turut dikawal melalui pusat perintah dan kawalan di UAE iaitu di MBRSC. Pelopor projek itu disertai 450 individu dan separuh daripadanya adalah warga UAE sendiri.

Julai 2021 – Perkenal angkasawati pertama dari dunia Arab

Buat pertama kalinya, dunia Arab melahirkan seorang angkasawati. Cik Nora Al Matrooshi, diperkenalkan sebagai sebahagian daripada program angkasa lepas UAE bersama dengan seorang lagi angkasawan, Encik Mohammad Al Mulla.

Cik Nora dipilih daripada lebih 4,000 pemohon untuk menerima latihan bagi misi penerokaan angkasa lepas jangka panjang.

Oktober 2021 – Terokai Marikh, mendarat di asteroid

UAE melancarkan misi angkasa baru untuk mendarat di asteroid, selain menjelajah dan menerokai planet Marikh yang bakal menyaksikan perjalanan selama lima tahun dengan kapal angkasa yang menempuh jarak hampir 54.6 juta kilometer (km) dari bumi.

Projek mega tersebut disasarkan dilancarkan pada 2028, dengan misi tersebut yang akan menjelajah Marikh, serta tujuh asteroid atau dikenali sebagai ‘tali pinggang asteroid’ yang terletak di antara Marikh dengan planet Musytari (Jupiter), dengan pendaratan pertama di asteroid berkenaan mengikut perancangan adalah pada 2033.

Disember 2022 – Lancar misi ke bulan

UAE mendedahkan rover penjelajah angkasa lepas pertama buatan tempatan bagi meneroka bulan ‘Rashid Rover’ berjaya dilancarkan.

Rashid Rover berlepas menerusi roket Falcon 9 milik Amerika Syarikat, SpaceX, dari Stesen Angkasa Cape Canaveral di Florida pada 12 Disember.

Perjalanan ke bulan dijangka mengambil masa kira-kira lima bulan berikutan penggunaan sistem jimat tenaga, manakala misi penerokaan di bulan akan mengambil masa lebih 14 hari.

Februari 2023 – Angkasawan tidak wajib berpuasa ketika di angkasa

Angkasawan Encik Sultan al-Neyadi berkata beliau tidak diwajibkan berpuasa ketika bulan Ramadan bagi misi ke angkasa.

Encik Sultan menjadi Angkasawan pertama Arab menghabiskan masa selama enam bulan di angkasa apabila berlepas ke ISS dengan menaiki kapal angkasa SpaceX Falcon 9.

April 2023 – Angkasawan sejarah lakukan ‘spacewalk’

MBRSC mengumumkan pemilihan Encik Sultan AlNeyadi sebagai angkasawan pertama Arab yang akan berjalan di angkasa.

Ini dilakukannya semasa Ekspedisi 69 di ISS pada 28 April. UAE menjadi negara ke-10 untuk melakukan kegiatan berjalan di angkasa – yang juga dikenali sebagai Aktiviti Luar Kenderaan (EVA) – di ISS.

Angkasawan yang dipilih untuk berjalan di angkasa lepas di ISS menjalani proses pemilihan yang ketat berdasarkan kemahiran, pengalaman dan kebolehan mereka menyesuaikan diri dengan persekitaran ruang angkasa yang mencabar.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >