Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Anies gesa mahkamah batal kelayakan presiden dipilih

Mar 27, 2024 | 12:37 PM



JAKARTA: Calon presiden Indonesia yang kalah, Encik Anies Baswedan, membentangkan cabarannya di mahkamah pada 27 Mac, berkaitan pilihan raya yang berlangsung pada Februari dengan mendakwa adanya campur tangan pemerintah.


Beliau menggesa diadakan pemilihan semula dan melucutkan kelayakan pemenang pilihan raya itu, Encik Prabowo Subianto.

Mantan Gabenor Jakarta itu berkata, kemenangan besar Menteri Pertahanan, Encik Prabowo, dibantu oleh tekanan pentadbiran partisan terhadap pihak berkuasa wilayah, dan penggemblengan bantuan sosial sebagai “alat transaksi” untuk memastikan kemenangan pihak tertentu.

Pilihan raya itu, kata Encik Anies, menunjukkan bahawa negara demokrasi ketiga terbesar di dunia itu berisiko untuk kembali ke masa lalunya yang autoritarian.

“Jika kita tidak melakukan pembetulan sekarang, maka ia akan menjadi contoh pada masa depan pada undian di setiap peringkat,” katanya kepada Mahkamah Perlembagaan, seperti yang dilaporkan Reuters.


“Amalan ini akan dianggap sebagai biasa, satu tabiat,” ujarnya

Pentadbiran Presiden Indonesia, Encik Joko Widodo, yang akan diganti, telah menolak dakwaan campur tangan dalam pilihan raya tersebut.

Encik Prabowo menerima hampir 60 peratus undi, dibantu oleh sokongan tersirat bekas saingannya, Encik Jokowi.

Encik Prabowo berjanji untuk meneruskan agenda pemodenan prasarana, penciptaan pekerjaan dan pembangunan industri hiliran untuk sumber mineral negara yang luas.

Encik Anies menerima 25 peratus undian dan Encik Ganjar Pranowo mendapat 16 peratus undi. Encik Ganjar dijadual membentangkan kesnya di mahkamah pada 27 Mac.

Cabaran terhadap keputusan pilihan raya adalah lazim di Indonesia dan mahkamah dijangka membuat keputusan pada 22 April.

Pasukan Encik Anies memberitahu mahkamah yang telah menerima amalan tidak adil, harus melucutkan kelayakan Encik Prabowo daripada pengundian.

Encik Prabowo telah mengekalkan beliau menang dengan jelas dan adil.

Pasukan peguamnya berkata pada 27 Mac, pembentangan kes Encik Anies adalah berdasarkan andaian, dan tanpa bukti penting.

Secara berasingan, pasukan Encik Ganjar menggesa Mahkamah Perlembagaan, supaya diadakan semula pilihan raya selewat-lewatnya pada 26 Jun.

Pilihan raya ulangan itu juga harus mengecualikan anak lelaki Encik Jokowi, Encik Gibran Rakabuming Raka, yang didakwa penyertaannya pada saat-saat akhir untuk jawatan Naib Presiden sebagai pasangan Encik Prabowo, telah mempengaruhi undi secara tidak adil. – Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >