Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Mahkamah tertinggi Indonesia terima 277 petisyen pertikai pilihan raya Presiden 2024

Mar 25, 2024 | 02:09 PM



JAKARTA: Mahkamah Perlembagaan telah menerima lebih daripada 277 aduan pertikaian keputusan pilihan raya termasuk satu daripada pasukan guaman kepada calon yang tewas dalam pemilihan Presiden Indonesia baru-baru ini, Encik Ganjar Pranowo.


Mahkamah Perlembagaan menerima ratusan petisyen atau Perselisihan Hasil Pemilihan Umum setelah permohonan ditutup pada tengah malam Sabtu, 23 Mac, bagi yang ingin mencabar keputusan rasmi pilihan raya yang diumumkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Umum (KPU) pada 20 Mac.

Pada pemilihan itu, Encik Prabowo Subianto membolot hampir 60 peratus undi, manakala mantan Gabenor Jakarta, Encik Anies Baswedan, pula meraih 25 peratus undi dan Encik Ganjar memperoleh 16 peratus undi pada pilihan raya 14 Februari lalu.

Pasukan undang-undang pasangan calon presiden Encik Ganjar dan Encik Mahfud MD menyerahkan dokumen setebal 151 muka surat – mempertikaikan keputusan pilihan raya kepada Mahkamah Perlembagaan pada petang Sabtu, 23 Mac.

Dalam petisyennya, pasukan itu menuntut diadakan semula pilihan raya presiden di seluruh negara, dan membatalkan kelayakan pasangan calon Encik Prabowo – iaitu Encik Gibran Rakabuming Raka daripada ikut bertanding.

Ia berhujah bahawa pencalonan Encik Gibran, anak sulung Presiden Joko ‘Jokowi’ Widodo, hanya dibenarkan melalui keputusan kontroversi yang dikeluarkan oleh Mahkamah Perlembagaan yang dipengerusikan oleh abang ipar Encik Jokowi, Encik Anwar Usman.

Majlis etika mahkamah mendapati Encik Anwar bersalah kerana melanggar etika yang serius kerana telah mempengaruhi hakim lain dalam keputusan itu. Pasukan Ganjar-Mahfud telah menyediakan 30 saksi dan 10 pakar untuk memberi keterangan dalam perbicaraan pertikaian akan datang.

Pasukan Encik Ganjar adalah yang terakhir menyerahkan dokumennya kepada Mahkamah Perlembagaan.

Pasukan undang-undang pasangan calon Encik Anies dan Encik Muhaimin telah pun memfailkan cabaran mereka pada Khamis, 21 Mac – sehari selepas KPU membuat pengumuman umum mengenai keputusan rasmi pilihan raya.

Pasukan Encik Anies memohon perintah mahkamah supaya pilihan raya diadakan semula dengan mengecualikan penyertaan Encik Gibran. Ia mendakwa pembabitan Encik Gibran pada saat akhir dalam pilihan raya itu telah mempengaruhi pengundian secara tidak adil. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >