KUALA LUMPUR: Penyanyi dan pelakon era '80-an, Noorkumalasari, 59 tahun, berasa lega apabila kakaknya, Anita Sarawak, 63 tahun, akhirnya menghubungi keluarga mereka kelmarin selepas didakwa 'hilang' sejak dua bulan lalu.
Noorkumalasari berkata, Anita telah menghubungi adiknya, Noor Jumaatun, dari Los Angeles, Amerika Syarikat, kelmarin untuk mengucapkan selamat menyambut ulang tahun kelahirannya.