Subuh
5:57
Syuruk
7:15
Zuhur
1:19
Asar
4:31
Maghrib
7:20
Isyak
8:29
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Anwar akan temui Elon Musk teroka tambah pelaburan di M’sia

Negara perlu lebih banyak pelaburan baru bagi tambah pendapatan, kurangi hutang negara dan wujudkan kerja
Jul 07, 2023 | 06:54 PM



SEREMBAN: Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dijadual mengadakan pertemuan dengan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat pengeluar kereta elektrik besar dunia, Tesla, Encik Elon Musk, pada minggu depan bagi meneroka peluang meningkatkan pelaburan hartawan itu di Malaysia.


Datuk Anwar berkata Encik Musk, yang juga pemilik Twitter, telah meminta diadakan pertemuan itu untuk perbincangan perkara tersebut.

“Elon Musk meminta diadakan pertemuan pada minggu depan untuk berbincang dengan saya tentang kemungkinan meningkatkan lagi pelaburannya di Malaysia,” kata beliau pada sesi pertemuan dengan penjawat awam pada Jumaat, lapor The Star.


Datuk Anwar berkata negara itu memerlukan lebih banyak pelaburan baru bagi menambah pendapatan dan mengurangkan hutang negara yang kini berjumlah RM1.5 trilion ($450 bilion).

Beliau berkata terdapat keperluan mendesak bagi meningkatkan pelaburan langsung dalam dan luar negara kerana ini boleh membantu mewujudkan pekerjaan.

Menteri bagi Perdagangan dan Industri Antarabangsa, Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz, pada 1 Mac lalu berkata kementeriannya telah meluluskan permohonan Tesla untuk mengimport bateri kenderaan elektrik (BEV) ke Malaysia.

Tesla, kata Tengku Zafrul, akan menubuhkan ibu pejabatnya di Malaysia, memperkenalkan “pusat kemahiran Tesla”, pusat servis dan menubuhkan rangkaian “supercharger”.

Kehadiran Tesla di Malaysia dijangka mewujudkan peluang pekerjaan berkemahiran dan bergaji tinggi bagi pekerja di negara itu dalam segmen BEV dan meningkatkan penyertaan syarikat tempatan dalam ekosistem Tesla, bagi kedua-dua domestik dan global.

Tengku Zafrul berkata ini juga menggambarkan keyakinan Tesla terhadap asas ekonomi Malaysia dan sekitaran perniagaan yang kondusif.

Datuk Anwar pula berkata beliau juga telah bertemu pelabur Jepun pada minggu lalu dan mereka telah bersetuju untuk melabur tambahan RM20 bilion di Malaysia.

“Beberapa bulan lalu, saya di China untuk menarik pelaburan baru tetapi ada mereka mengkritik dan mengatakan saya (Perdana Menteri) terlalu banyak ke luar negara.

“Tetapi apa yang lebih penting adalah kita menerima komitmen (daripada pelabur China) untuk melabur RM170 bilion di Malaysia,” kata Datuk Anwar.

Sebanyak 19 memorandum persefahaman (MOU) ditandatangani semasa lawatan Datuk Anwar itu, termasuk pembangunan lembah automotif tinggi di Tanjung Malim yang fokus pada pengeluaran kenderaan kuasa tenaga baru.

Datuk Anwar berkata beliau juga telah mengadakan pertemuan dengan perwakilan syarikat minyak Arab Saudi, Aramco, dua minggu lalu.

“Semasa pertemuan itu, mereka turut bersetuju untuk menambah pelaburan mereka di Johor,” ujarnya.

Beliau turut mengatakan kerajaan pimpinannya akan terus meneroka lebih banyak pelaburan bagi memperbaiki keadaan hidup rakyat tetapi penjawat awam harus memainkan peranan penting dalam memastikan kejayaan usaha tersebut.

“Kejayaan kita sejauh ini adalah berkat komitmen anda (penjawat awam), dedikasi, kesetiaan dan pengorbanan anda,” ujar beliau.

“Adalah penting kita terus melaksanakan tugas dengan penuh bertanggungjawab dan tidak mengkhianati kepercayaan yang telah diamanahkan kepada kita,” ujar Datuk Anwar.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >